Jelajah melaka 🏨

Assalamualaikum dan hi semua orang.

Harini aku nak cerita pasal pengalaman aku jalan-jalan di Melaka Bandaraya Bersejarah


So dekat bawah ni merupakan tempat yang dinama sebagai "River Cruise" .

Kalau nak naik boat tu boleh je,seorang dalam rm15 bagi dewasa. Naik boat ni best kalau pergi waktu malam,sebab nampak lah lampu-lampu yang menerangi rumah dan bangunan nanti.



So next is Afamosa. Aku rasa tempat ni semua orang tahu sebab sangat popular yaa. Bangunan ni dianggap bangunan besejarah sebab peristiwa yang benar-benar terjadi dekat situ antara negara-negara luar dan Melaka .




Okayy ini piulak Jongker Street . Tempat ni bagi aku dikira sebagai pasar malam lah enn sebab banyak gerai-gerai makanan yang ada. Tapi majoriti peniaga dekat sini ialah berbangsa cina.




Bangunan merah yang terdapat di tengah bandaraya melaka ni dikenali sebagai Stadthuys. Aku tak sure sekarang ni boleh masuk lagi ke tak dalam bangunan tu. Lama dah aku tak masuk dalam bangunan tu,last masuk time aku umur 12 tahun.



So tu antara tempat yang aku pernah pergi dekat Melaka. Kalau korang free and nak jalan-jalan dekat tempat yang tak banyak gunakan duit,pergilah ke sini yaa. Almost semua tempat masuk percuma.


Sekian sahaja untuk kalini,jumpa di next blog.

Assalamualaikum

Comments

Popular Posts