MAFIA

Evening gang ! sorry aku la sebab aku asyik post pasal diri aku and sekeliling aku. Tapi sebab tugasan aku so aku cerita bagi aku yang okay lah, so harap yang membaca takde yang bitter lah. Sorry again ! So kalini aku nak cerita pasal gang imtiaz aku. Dekat Imtiaz semua kitorang kawan baik, tapi ni aku spesifikkan lagi gang yang memang 24/7 lepak sesama pesemua


Time Form 1


 so ni gang paling rapat dengan aku kat Imtiaz start aku form 1. Ada lagi sorang tapi dia takde dalam gambar. Depan kiri Malek, sebelah dia Ahmad, belakang Ahmad aku, sebelah aku Aizad. Ni time kitorang Form 4


So kitorang start rapat dari form 1 , kitorang siap ada nama gang iaitu MAFIA . hahahahaah rasa cam bebudak ah sebab time tu baru form1 en. Tapi kitorang ambik nama tu sebab ambik huruf depan daripada kitorang berlima. M tu Malek, A tu Amsyar, F tu aku lah Fawwaz, I tu Ijad, A tu pulak Ahmad. So terhasillah MAFIA. Maaf atas kebudakan time tu. Tapi nama tu takdelah kitorang jadi gangster de, Tu just nama team kalau nak futsal ke apa-apa ke ha guna nama tu. Tapi kitorang berlima memang rapat gila, Semua benda kitorang buat sama-sama and kitorang pon satu team futsal dekat Imtiaz bermula kitorang form 1 sampailah form5. Now pon kitorang still satu team cuma aku jarang turunlah sebab aku Rembau and diorang pulak Selangor. 

Tapi, bila form 4 Amsyar keluar Imtiaz, dia pindah SASER. So, tinggallah 4 orang je. Kitorang ni dah macam adik beradik dah. And bila form4 ramai budak Imtiaz pindah so tinggal sikit je batch kitorang time tu. Maka wujudlah team futsal baru antara kitorang berempat dengan Asma, Usop, Moy Shabrin. Idlan, Kimi.


So ni lah kitorang 4 orang dengan Asma, Moy. Usop takde sebab time ni dia g berak kot

So, ni lah kawan baik aku dari aku form1 sampailah sekarang. Even time ni kitorang still guna nama MAFIA lagi. Cuma dh kurang sikitla penggunaannya sebab kitorang dah baik dengan semua macam satu family dah. So, takdelah fokus sangat kat nama tu. Then kitorang semua satu kelas time form4 and form5 lagilah makin rapat. Makan sama-sama, main sama-sama, group halaqah quran pon sama-sama. 

Then time form5 kitorang memang struggle sama-sama untuk SPM. Kelas dari hari Isnin sampai Ahad tengahari. Soo, memang stress semua sama-sama. Jadi, bond macamni tak semua orang dapat. Memang orang panggil susah senang sama-sama lah

Then ingat lagi lepas SPM kitorang terus gerak A'Famosa tidur homestay Asma ( yang 3rd post aku tu ) . Memang syok lah time tu. Bayangkan saga Ammar Husaini kitorang sumbat 9 orang AHHAHAHAHAHA. Nasib tak kena tayar je kereta tu.
Ni kitorang dekat pool kat homestay Asma. Abaikan muka Amad. HAHAHAHAHAH

Now, kitorang pon semua dah bawak haluan  masing-masing. Ada yang masuk Uitm, ada masuk UIA, ada masuk KPTM. Tapi kitorang tak lost contact kitorang ada group whatsApp, kot ada futsal nanti diorang roger-roger . Tapi macam aku cakap aku jarang turun sebab jauh or tak cuti. 

Now, kitorang punya team futsal dah gabung dengan team Asma tu. Asma tu time form1-form3 dia ada jugak gang futsal dia. Nama gang dia Gangstalim. So now kitorang dah gabung Mafia and Gangstalim sekali satu team. So wujudlah MXG FT


MXG FT. (Amsyar dengan Kakashi takde dalam gambar)

Kitorang pon dah jadi Alumni Imtiaz je sekarang. Doakan kitorang berjaya dengan jalan masing-masing and semoga hubungan kitorang ni kekal sampai akhir nyawa <3. Thank you guys sudi baca even terabur sikit !

Alumni Imtiaz 1st Batch. Tak semua ada !


Ni batch aku time SPM. Ada 39 orang sahaja

Sekian, Thank you sudi jenguk








Comments

Popular Posts