SANTAI GANG SHAMS PPU
Third post ni aku nak cerita sikit je short vacation dengan gang form6 aku time lepas STPM. Time ni kitorang pergi seminggu sebelum aku masuk ALAM sebab nanti dah jarang jumpa cuti tak sama en
So, kitorang pergi 3 hari 2 malam ( jumaat - ahad ). Even sekejap tapi worth it lah sebab kitorang dapat spendtime and lepak sama-sama before semua bawa haluan masing-masing dekat universiti nanti.
So hari jumaat tu kitorang gerak dalam pukol 3.30 petang dari Rembau kitorang pergi homestay first kitorang dekat Homestay Condo D' Savoy. Kitorang dua malam dekat Melaka and ambil dua homestay. Homestay yang ni homestay member aku Asma nama dia ( 019-2609062 ) *kalau ada yang nak try boleh roger nombor tu. Homestay ni memang best lah sebab ada public pool kat bawah. Homestay ni ada 1 bilik besar 2 queen bed and ada ruang tamu 1 ada peti ais,water heater so memang okaylah untuk kitorang bujang ni. RM200 1 malam if weekdays, weekend RM250. Ada aircond sekali so mantap lah
Homestay tu macamni ada ruang tamu and bilik kat belah dalam tu
So, petang tu kitorang mandi pool jap lepas asar tu sampai 6 lebih then kitorang rehat kat bilik. Malam tu kitorang gerak pergi jalan-jalan Melaka sekejap just nak ambik angin
Ni public pool kat homestay tu. Bagi aku best lah sebab pool ni takdelah kecil mana. Okay okay je
Hari sabtu tu pagi kitorang dah checkout homestay dalam pukol 8.30 sebab nak pergi A'famosa pula. Malangnya pagi tu hujan so kitorang pergi cari breakfast dulu and lepak sampi pukol 10 lebih. Dalam pukol 11 pagi tu hujan dah berhenti just renyai je, then kitorang pon masuk lah A'famosa untuk mandi. Ticket A'famosa kitorang dapat RM25 je sorang sebab aku cari dekat Facebook. Ni kena pandai cari lah, Then kitorang main semua benda dekat A'famosa tu kecuali ada satu waterslide sebab time tu renyai so untuk safety dia tak kasi. Overall okay jelah A'famosa ni tapi memang takleh kalahkan Sunway Lagoon lah boss.
Ni vuvuezela dekat A'famosa tu
Ni waterslide. Yang ni kitorang dapat mandi. Yang tak dapat mandi ada lagi satu tu
Ni aku dengan gang aku time dah habis mandi
Then lepas mandi A'famosa kitorang pergi makan dekat area situ. Then kitorang pergi check-in homestay untuk second night dekat Paya Rumput. Homestay yang ni murah and selesa. Znrina Homestay Melaka . Homestay tu ada 3 bilik ( 2 aircond 1 kipas ) 2 bilik air, and 3 kereta boleh parking. So dekat homestay ni kitorang rehat banyak. Dah penat mandi kan, Petang tu lepas asar kitorang gerak Klebang jap ambik angin pantai makan-makan.
Ni dekat luar homestay tu before gerak Klebang
Last day tu kitorang check out awal pagi sebab nak pergi Seremban ada openhouse rumah member form6 jugak. Pukol 10 pagi kitorang dah check out
Ni kitorang dekat Melaka Premium Outlet sebelum balik rumah masing-masing
Tu jelah cerita simple kitorang pergi jalan-jalan. Kitorang takde jalan-jalan mewah. Just jalan-jalan santai je nak spendtime sama-sama. So harap next time boleh repeat balik dekat tempat lain. Thank you guys !
Comments
Post a Comment