Avatar The Last Airbender : Book 1



Ok...cerita avatar ni dimulai dengan penemuan avatar Aang dalam iceberg oleh sepasang adik-beradik dari puak Southern Water Tribe, Katara dengan Sokka. Aang pun perkenalkan diri dan asal usul dia. Dia bagitau yg dia tu sebenarnya avatar(walaupun x rela) yg berasal daripada puak Air Nomads. Katara dengan Sokka pun terkejut sebab puak Air Nomads tu dipercayai dah lenyap sejak 100 tahun yg lepas. Setelah Aang dapat tau yg sebenarnya dia dah terperangkap kat dalam iceberg tu selama 100 tahun...dia pun terkejut sangat lagi-lagi bila dia dapat tau yg perang tercetus masa dia kat dalam iceberg tu. Jadi, dia sedar yang dia perlu menguasai keempat-empat elimen dalam masa yg terdekat untuk mengamankan dunia.



Mengikut peraturan yg ditetapkan...Aang perlu menguasai keempat-empat elimen dengan mengikut urutan iaitu angin, air, tanah dan last sekali api. Memandangkan dia ni dari puak Air Nomad...jadi dia x perlulah nak belajar elimen angin lagi sekali dan teruskan dengan menguasai elimen yg kedua iaitu elimen air. Sayangnya...waterbender dekat Southern Water Tribe dah pupus disebabkan perang. Sebenarnya ada je lagi sorang waterbender kat situ, Katara. Tapi dia pun x pro sebab takde orang yg nak ajar dia waterbending. Jadi, Aang perlu mengembara ke utara untuk mencari guru Waterbender dari puak Northern Water Tribe. Perjalanan dia ni ditemani oleh Katara dengan Sokka.

Semasa dalam perjalanan menuju ke Northern Water Tribe...diaorang tiga orang ni menghadapi pelbagai rintangan ar. Rintangan utama yg diaorang hadapi ialah Zuko dari puak Fire Nation. Zuko ni diarahkan oleh ayah dia, Firelord Ozai untuk tangkap avatar supaya rancangan dia untuk menakhluk dunia ni berjalan dengan lancar. Zuko juga berharap yg bapak dia ni akan percayakan dia balik dan sayangkan dia kalau dia dapat tangkap avatar. Tapi sayangnya tu semua dusta je...hahaha

Ok guyz...sebenarnya aku nak cerita lagi detail tapi takut panjang sangat pulak nanti. Jadi aku terpaksa mengubah perancangan dengan tunjukkan event-event yg penting jela dalam Book 1 ni k...

Dalam perjalanan menuju ke Northern Water Tribe...Aang, Katara dengan Sokka berhadapan dengan situasi-situasi yg sangat mencabar dan mengujakan. Apa situasi-situasi tu? jom tengok gambar-gambar ni :

masa ni kononnya nak melawat Southern Air Temple tapi sayangnya tempat ni dah musnah masa perang dengan Fire Nation

terserempak dengan Kyoshi Warrior kat Kyoshi Island masa dalam perjalanan. masa ni diaorang berhenti rehat kat Earth Kingdom. tapi takde hal pon sebab diaorang ni baik. pastu Sokka siap dapat awek lagi masa kat sini, Suki. uuuu lawo

masa ni pulak diaorang sampai kat bandar Omashu dekat Earth Kingdom. masa tu...Aang, Katara dengan Sokka kena penjarakan sebab King Bumi ni saja je nak tengok kemampuan Aang. macam biasa Aang pun lepas ujian. lepas tu barulah dia sedar yg sebenarnya King Bumi tu sebenarnya dulu kawan dia. Aang pun ada dapat nasihat sikit daripada King Bumi pasal apa yg dia bakal hadapi 

pastu diaorang bertiga ni ada selamatkan tahanan Fire Nation yg merupakan rakyat Earth Kingdom

selamatkan kampung yg diserang oleh Hei Bai. untuk selesaikan masalah ni...Aang jumpa dengan Avatar Roku dalam Spirit World untuk mintak nasihat macam mana caranya untuk selamatkan kampung tu daripada serangan Hei Bai tu

Aang juga ada selesaikan pertelingkahan antara dua puak Earth Kingdom ni yg dah bergaduh selama 100 tahun. kat sini kita nampak kebijaksanaan Aang selesaikan masalah ni walaupun dia terpaksa menipu

pastu diaorang ada jumpa Bato daripada Southern Water Tribe. si Bato ni kawan bapak dia kot. masa ni Aang feeling sangat sebab takut Katara ngan Sokka nak tinggalkan dia sebab nak carik bapak diaorang. dia sampai sanggup nyorokkan peta kat mana lokasi bapak Katara ngan Sokka. tapi Katara ngan Sokka ubah fikiran saat-saat akhir dan buat keputusan untuk terus ikut Aang

lepastu diaorang teruskan perjalanan ke Fire Nation. kat sini Aang terserempak dengan Jeong Jeong. Jeong Jeong ni bekas askar Fire Nation yg pertama yg berjaya lari hidup-hidup. Aang pun amek kesempatan ni untuk belajar Firebending dan akhirnya Aang berjaya Firebending buat kali yg pertamanya. tapi sayangnya, masa tu dia tercederakan Katara dan macam trauma sikit nak Firebending lagi. lepastu Admial Zhao yg track Aang ni datang serang diaorang. lepastu Aang pun terpisah dengan Jeong Jeong.

setelah menghadapi pelbagai rintangan...akhirnya Aang dan rakan-rakan pon berjaya sampai ke Northern Water Tribe.

kat situ dia belajar Waterbending dengan master Pakku. ada krisis sikit yg jadik sebab master Pakku taknak ajar Katara Waterbending. pastu gaduh punya gaduh punya gaduh diaorang pun ok

tengah belajar punya belajar punya belajar...tetiba Northern Water Tribe City kena attack dengan pasukan navy Fire nation. tempat tu pon jadi kecoh

lepastu Katara pun show off power waterbending dia. dia join tentera Northern Water Tribe untuk lawan dengan tentera Fire Nation. sayangnya tentera Fire Nation ramai sangat. jadi diaorang memang memerlukan Aang dalam Avatar State untuk kalahkan tentera Fire Nation


setelah pertapaan dijalankan...Aang berjaya memasuki Avatar State. dia pun jadi monster ikan keli besar gila untuk kalahkan tentera Fire Nation.




Ok guyz...dalam cerita Book 1 ni. Ni lah part yg paling menyayat hati bila buah hati Sokka, Princess Yue terpaksa korbankan diri dia. Dia gantikan diri dia dengan ikan Koi putih dalam kolam tu yg dah mati. Bila salah satu ikan Koi tu kena bunuh dunia ni hilang keseimbangan dengan samada matahari atau bulan akan bermasalah(Ying Yang). 

Cerita dia macam ni...Admiral Zhao bunuh ikan Koi putih yg merupakan spirit kepada bulan tu supaya dunia hilang keseimbangan dan puak Water Tribe tak dapat nak waterbending lagi. Tapi bila diingatkan balik yg Princess Yue tu pernah kena ubat dengan spirit ikan Koi putih tu...jadi dia nak balas balik jasa ikan Koi tu dengan gantikan tempat ikan Koi tu. Jadi, dia pun bertukarlah jadi ikan Koi putih tu. Alhamdulillah...bulan pun sihat balik. Tapi kesian lah dekat Sokka yg kehilangan buah hatinya


Sampai sini je dulu geng pasal Avatar The Last Airbender Book 1 ni...
Aku mintak maaf sangat kalau aku x dapat nak buatkan korang faham pasal cerita ni.
Kalau ada tersalah fakta tu pun mohon jangan kecam ye guyz...

Aku harap korang sanggup menunggu sambungan cerita ni ye guyz. Jumpa lagi dalam siri kedua...babai











Comments

Post a Comment

Popular Posts