Avatar The Last Airbender


Ok guyz... memula sekali aku nak mintak maaf sesangat sebab aku tak dapat nak teruskan tulis blog pasal avatar ni ikut chapter(book) dia sebab banyak sangat. Yg lepas tu pon da habis potong da tu. Jadi aku teruskan je la dengan ceritakan pasal keseluruhan cerita terus eh.


Ok, cerita avatar ni menceritakan pasal empat suku yg terdapat kat dunia ni iaitu suku Fire Nation, Water Tribe, Air Nomad dan last skali Earth Kingdom. Avatar akan wujud/lahir silih berganti drpd empat suku ni untuk menyeimbangkan dunia. Ok, sekarang ni apa tugasan avatar Aang ni? tugas dia adalah untuk menamatkan perang yg dah tercetus 100 tahun dahulu oleh Fire Nation untuk mendominasi dunia ni. Mission utama dia... dia kena kalahkan Firelord Ozai untuk memastikan keempat-empat suku tu dapat hidup dengan aman dan damai.


Dalam tempoh yg singkat ni, sebelum musim panas...Aang mesti dah dapat kalahkan Firelord Ozai tu sebab masa penghujung musim panas nnt, komet Sozin akan turun kat bumi. Komet ni akan terhempas kat bumi dalam masa 100 tahun sekali je. Apa yg special nya komet ni? Firelord ozai tu boleh serap aura komet tu pastu jadik power gila. Jadi dia pon x boleh la biarkan Firelord Ozai sempat serap kuasa komet tu. 

Jadi, dalam masa yg singkat ni Aang kena kuasai keempat-empat elemen iaitu Air Bender, Water Bender, Earth Bender dan last skali Fire Bender. Setiap avatar memang kena menguasai keempat-empat elemen sebab tu dah memang syarat dia.


Sepanjang cerita ni menceritakan tentang dugaan yg dihadapi oleh Aang masa dalam proses nak belajar lagi tiga elemen tu. Cabaran utama yg dia kena hadap ialah Zuko. Si Zuko ni anak nya si Firelord Ozai tu. Si Zuko ni beria-ia sangat nak tangkap Aang sebab nak buktikan dekat bapak dia yg dia ni sebenarnya anak yg boleh diharap. Zuko ni pon jadik macam ni sebab kakak dia tu, Azula lagi power dan lagi jahat drpd dia. Tu yg bapak dia suka tu.


Plot twistnya, masa book 3... si Zuko ni jadik baik pulak. Dia join team Aang sebab dia sedar yg sebenarnya walau macam mana sekalipun dia buat bapak dia tetap lagi sayangkan Azula. Dengan kehadiran Zuko ni dalam team Aang... maka Aang pon dapat melengkapkan proses pembelajaran dia. Maka, dia pon berjaya menguasai keempat-empat elemen dan membantu dia bersedia untuk menghadapi Firelord Ozai.


Akhir sekali, Aang pon bertembunglah dengannya si Firelord Ozai. Lawan punya lawan punya lawan... Aang pon berjaya kalahkan Firelord Ozai. Masa pertempuran ni...kebijaksanaan dan kebaikan hati Aang pon terserlah sebab dia kalahkan Firelord Ozai tanpa melibatkan pertumpahan darah. Dia cuma sedut kuasa Firebending Firelord Ozai je. Lagi satu sebab si Aang ni xnak berbunuhan sebab dia ni kan sami. Mana boleh bunuh2 ni.

Akhir sekali, diaorang semua pun hidup dengan aman. Zuko naik takhta menjadi Firelord Zuko kat Fire Nation. Aang pulak jadi penasihat dia. Happy ending yow












Comments

Popular Posts