Buah kegemaran aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Saya ni bukanlah peminat buah tapi setakat nak telan tu boleh lah.



Durian
Gambar di atas ini adalah buah yang paling ramai minat walaupun orang luar negara tidak suka sebab baunya terlalu kuat sehingga buat mereka rasa nak muntah.Bila tiba je musim buah durian,ayah aku pasti beli satu bakul lepas je habis beli lagi sebab satu family aku suka makan durian.


Langsat



Ini pulak buah Langsat.Rasanya manis-manis masam tapi hati-hati masa makan buah ni sebab biji dia rasa pahit sangat.Kalau tergigit tu mesti hilang rasa selera tu.Tak rugi nak makan sebab lembut je buahnya kalau tak ada biji dalam tu(ikut luck).

Tembikai Susu

Buah ni budak kecil pun suka.Nak tau sebab apa?sebab buah ni manis pastu senang nak kunyah.Kalau yang betul-betul masak isi dia sangat manis pastu lembut pulak tu.Air dia sedap kalau dirasa.Orang takkan makan biji dia sebab tak boleh nak makan la...aduhhhh


Pisang
Ni pulak pisang.Pisang ni biasanya dimakan oleh monyet.Pisang ni jugak ada banyak jenis sampai aku pun tak berapa ingat.Pisang ni macam-macam jenis juadah ni boleh dibuat yang paling terkenal ialah cekodok pisang.Senang nak tanam dan mudah untuk dijaga tetapi kene sentiasa berhati-hati kerana monyet akan sentiasa mencari kesempatan untuk memakannya.


OKEY TU SAHAJA DARI SAYA <3

Comments

Popular Posts