K-DRAMA PART 2
Yoooosss apa khabar boysss,disebabkan PKP extend lagi 4 minggu aku nak sambung pasal Korea drama lah sebab aku bosann duduk rumah asyik main game jer...kk kalini aku nak k-drama yang memang mantap mantap lah.Dia cam world class lah drama ni disebabkan keunikan drama ni..So apa tunggu lagi mari kita tengok
Kita mulakan dengan drama yang agak latest jugak lah yang berjudul Hi Bye,Mama!.Drama ni memang unik sebab selalu setiap drama mesti ada watak jahat tapi drama ni takde langsung.Lagi satu yang best drama mungkin sebab jalan cerita dia atau storyline yang menarik.Cerita ni memang sedih mengisahkan seorang ibu atau mak atau mama atau apa apa jer senangkatan dengan mak yang meninggal dalam kemalangan ketika mengandungkan anak dia.Lepastu cam biasa lah cerita orang korea roh mak dia pun berkeliaran tengok anak dia membesar pastu satu hari tah camne mak dia diberi hidup atau nyawa selama 49 hari.Part ni korang kena tengok lah susah nak explain.So drama ni aku bagi 9/10 sebab storyline and keunikan cerita dia tu.
Drama yang kedua drama kegemaran dan favourite orang buat masa sekarang yang berjudul Crash Landing On You.Cerita ni orang suka mungkin sebab romantic dia yang cukup classic.Pelakon wanita yang bawa watak dalam cerita ni pun memang pun dikenali sebagai Queen of romantic classic dan berbakat dalam semua genre.So drama ni unik mungkin bagi yang baru tengok sebab dia percintaan ada dua pasangan dari berbeza negara iaitu korea utara dan korea selatan.Aku follow up drama ni sejak dia start start keluar lagi drama ni penuh dengan semua genre action,humor and romantic.Rating drama ni aku bagi 11/10 lah sebab ada actress favourite aku hehe.
Drama yang ketiga yang jugak merupakan drama favourite of decade dan bagi aku world class and outstanding. Tajuk drama ni W-Two Worlds.Kalau tadi drama kat atas pasal dua negara berbeza yang ni pulak pasal percintaan berbeza dimensi.Dengar pun cam menarik kan.So drama pasal seorang doktor perempuan yang ayah dia pelukis komik yang famous dimana satu hari dia termasuk dalam dimensi komik yang ayah dia lukis untuk selamatkan main character komik ni.Lama kelamaan dia pun jatuh cinta dengan watak utama komik ni.Drama ni susah sikit nak explain korang sendiri kena tengok dengan dua biji mata korang baru korang faham.Storyline drama ni memang penuh plot twist drama sebenarnya nak buat penonton selalu berfikir.Rating drama ni aku bagi 100/10.
Last drama untuk part 2 ni iaitu Fight For My Way.Drama ni main point dia nak attract orang orang muda sebab drama ni menceritakan segala masalah,jalan cerita orang tentang golongan belia atau muda dari segi kerja atau duit atau percintaan semua lah.So drama ni mengisahkan Dong Man atlet taekwando negara korea yang berjaya melalui peristiwa hitam tapi coach dia nak asyik pujuk dia untuk kembali ke taekwando atau UFC sebab Dong Man ni dia memang handal lah bab taekwando.Cerita jugak menceritakan yang kalau kau kawan dengan seorang perempuan lebih lama pun kau mungkin akan ada perasaan cinta atau sayang kat dia.Cam Dong Man ni dia ada kawan perempuan iaitu Ae Ra yang dia memang rapat gila sejak kecil tah camne dia boleh jatuh cinta dengan Ae Ra ni.Tu lah sebab korang kena tengok drama ni. So rating drama ni aku bagi 12/10 sebab best and tak bosan kalau tengok berulang kali.
So itu sahaja untuk K-Drama Part 2 ni kalau ada rezeki insyallah akan disambung part 3 atau aku akan buat pulak pasal K-Movie.Sekian sahaja...Ciaooooo
Comments
Post a Comment