China kaki cetak rompak?

Haaa guyz, yg kita tau negara China ni banyak duit kan...yela ekonomi kedua terbesar dunia kot lepas Amerika Tapi tak semua yg tau yg kat negara China tu ada benda benda gila macam ni. Gila pe? dia tiru reka bentuk binaan kat negara lain kot. Kalau setakat cetak rompak benda benda kecik mcm mainan tu xpe la jugak en...ni bangunan dohh. Jom kita tengok ape je bangunan yg si China ni dah tiru.



1. London Bridge
London Bridge China ni terletak kat daerah Suzhou, China. Gila babeng sama gile an. Tapi malangnya bandar ni sekarang dah jadik bandar hantu sebab xde orang duduk. X tau la kenapa...tempat dah cantik dah.


2.Mount Rushmore
Kalau kita peminat cerita naruto mesti macam biasa nampak en. Tapi tu pon tiruan gak. Yg ori dia kat South Dakota,Amerika sana. Yg kepala kepala tu sebenornya kepala presiden2 dia. Tapi malangnya China pon ada gak benda ni kat daerah Chongqing,China.


3. Venice
Yg kita biasa dengar Venice tu kat Itali...tapi baru baru ni kat sungai Yangtze China pon da ada Venice gak. Yg ni pon terletak kat daerah Suzhou gak.


4. Paris
Bonjour Paris China. haaa...weyh sejibik gila an eiffel tower tu. China ni memang gila la. Tapi, sayangnya bandar ni pon  kosong gak xde orang. Dia buat benda ni kat kawasan baru yg xde orang. Last2, jadik la bandar hantu. Tempat ni terletak kat Hangzhou,Zhejiang,China.


5. Spinx
Tah macam mana tah tetibe si Spinx  ni bole tersesat kat China ni. Benda ni terletak kat mana tah daerah kat belah2 utara China tu dia xde cakap pulak. Yg aku tau benda ni terletak kat laluan Silk Road yg menghubungkan China ngan europe. Tapi daripada bacaan aku...Spinx ni dah kena robohkan dah sebab orang x suka. Asal x suka pon aku x tau lah, padahal unik gak en.



6. Sydney Opera House
Macam yg kita nampak...xde la sama sangat. Ni macam arkitek dia da malas je nak lukis an...asal boleh je, tu yg nampak macam cute je. Berkemungkinan benda ni terletak kat daerah Shaanxi, China. Kenapa 'berkemungkinan'? sebab aku x jumpa maklumat yg tepat dan dah malas nak carik.

Ok guyz, cukup la dulu kot. Ada banyak lagi sebenornya yg China ni cetak rompak...tapi lain kali la eh. babai...

Comments

Popular Posts