World Cup yang paling GEMPAK!!!

Awal mula pertama mula,untuk pengetahuan umum piala dunia akan 4 tahun sekali.Kejohanan menjadi perhatian seluruh dunia sehingga mencecah berbilion orang yang menontonnya.Bagi peminat bola sepak ia semestinya sebuah kejohanan yang paling menarik selain Liga Jara-Juara Eropah.Setiap edisi Piala Dunia akan membawa aura yang tersendiri.

Trofi Piala Dunia
Bagi edisi piala dunia yang paling tidak boleh dilupakan bagi peminat bola sepak ialah pada tahun 2010 di Afrika Selatan.Antara sebabnya ialah lagu tema Piala Dunia itu sendiri.Hal ini kerana lagu yang dinyanyikan ialah Shakira yang bertajuk Waka Waka.Walaupun sudah 10 tahun lagu ini  berlalu pasti semua orang akan mengingati Piala Dunia 2010 jika lagu ini dimainkan.


Pemenang bagi Piala Dunia juga sukar untuk ditentukan di atas kertas kerana setiap edisi pasti negara lain yang memenanginya.Ia merupakan impian bagi setiap negara di seluruh dunia tak kira negara kecil mahupun negara besar.Pada 2010,yang berjaya memenangi piala tersebut ialah negara Sepanyol.Sepanyol muncul juara buat kali pertama dalam sejarah mereka dan merupakan detik manis bagi rakyat dan tidak lupa juga para pemain dan jurulatih tim Sepanyol yang berjaya melakar sejarah.

Juara milik Sepanyol

Perlawanan akhir antara Belanda(kiri) dan Sepanyol(kanan)
Selain itu juga terdapat momen yang tidak boleh dilupakan ketika perlawan akhir.Antaranya insiden kad merah tendangan 'kung fu' Nigel de Jong ke dada Xabi Alonso.Dalam perlawanan akhir juga terdapat 14 kad kuning yang terkumpul.Hal ini amat memalukan pasukan Belanda yang mempamerkan 'anti-football'.Namun,jaringan Andreas Iniesta tercetus pada minit 116 hasil tendangan voli yang sangant cantik berjaya membawa Sepanyol sebagai Juara Dunia seumpama beliau menjadi wira bagi negara tesebut dan tetap dihormati dan disayangi dalam kalangan peminat bola sepak sebagai 'Lagenda Bola Sepak' sehingga kini dan akan datang.

Tendangan 'kung fu'

Jaringan yang tercetus!

 Setakat ini sahaja aku nak cerita...TATA.

Comments

Popular Posts