Sejauh mana bangsa melayu ni pergi ha?


Hi guyz... mesti ramai yg x rasa bangga sebab jadi orang melayu kan. Kenapa? Sebab kita ni x tahu pasal sejarah bangsa kita sendiri. Meh aku cuba ubah sikit minda korang pasal bangsa melayu. 
Kalau kita baca buku sejarah mesti diaorang kata kita ni bangsa pelayar yg terkemuka an satu masa dahulu. Kenapa?


Ok... dapat cam x ni peta mana? Ni adalah benua sunda. Sekitar 16000 tahun lepas masa zaman ice age...kepulauan2 kat asia tenggara ni disambungkam dengan satu daratan iaitu benua sunda. Orang melayu yg duduk sini digelar sebagai melayu austronesia.


Bila zaman ice age dah habis... paras air laut pon meningkat. Kawasan2 yg rendah kat selat sunda ni pon mula ditenggelami air. Akhirnya, bentuk daratan yg ada mcm sekarang ni pon terbentuklah.

Kesannya, orang melayu pon mulalah bertempiaran lari cari daratan. Diaorang pon mulalah buat kapal2 dan berlayar macam peta kat bawah ni:


Maka, orang melayu pon mula merebak...

Sebagai bukti... meh aku tunjukkan beberapa orang melayu terkenal kat negara lain yg berketurunan melayu austronesia:

Ni sape je x kenal an... the rock. Dia ni orang melayu hawaii

Ni pulak player team ragbi all black an. Kalau kita tengok ada beberapa player yg gelap2 sikit an. Diaorang ni orang maori yg asalnya adalah sebahagian daripada orang bangsa melayu yg berhijrah ke  new zealand.

Ni pulak presiden madagascar sekarang. Dia ni pon orang melayu gak. Kalau kita tengok pon majoriti orang madagascar adalah orang melayu.

Ok... sekian sahaja penerangan saya pasal penghijrahan orang melayu ni. Harap2 lepas ni korang bangga la jadi orang melayu. Ingatlah, TAKKAN HILANG MELAYU DI DUNIA!!! 

Tapi kalau ade sesikit fakta tu lari sori k guyz🙏🏻

Comments

Popular Posts