Kelebihan Bulan Ramadhan
Assalamualaikum and good afternoon gang. Memandangkan sekarang ni kita berada dalam bulan Ramadhan and masih lagi awal Ramadhan. Aku nak share sikit lah kelebihan bukan Ramadhan. Korang boleh lah baca untuk menambah semangat kita menunaikan ibadah puasa kita. Aku just nak share dalam 4 kelebihan lah. Ada banyak sebenarnya tapi aku share empat je.
1. Ramadhan adalah bulan Al-Quran
Okay sebab apa Ramadhan ni digelar bulan Al-Quran. Ada peristiwa penting ke time Ramadhan ni? Yes ada peristiwa penting iaitu Nuzul Al-Quran. Apa tu nuzul? Nuzul ialah penurunan. Jadi sebab tu lah Ramadhan dinamakan bulan Al-Quran sebab Al-Quran turun pada bulan Ramadhan. Nuzul Quran ni berlaku pada 17 Ramadhan. Kalau kita perasana, setiap 17 Ramadhan mesti diadakan sambutan Nuzul Quran seperti Quran Hour
2. Doa orang puasa makbul
kalau korang pernah dengar , kebiasaannya ramai ustaz or ustazah pesan, sementara tunggu berbuka tu doalah banyak-banyak pada Allah. Pernah tak korang terfikir kenapa ? Jawapannya disebut dalam hadis Nabi sendiri. Ada tiga golongan yang dimakbulkan doa, pertama ialah orang berpuasa hingga dia berbuka, kedua pemerintah yang adil dan ketiga ialah orang yang dizalimi. Jadi hadis ni dah tunjuk bahawa doa orang yang berpuasa tu makbul. Jadi sama-sama lah kita banyakkan berdoa pada bulan Ramadhan ni
3. 2 Kegembiraan diperoleh
Apa 2 kegembiraan yang dimaksudkan ni ? Logik akal, bila korang berpuasa and lepas korang berbuka, apa korang rasa? Gembira kan? Gembira sebab dapat habiskan puasa kita tu. Itulah yang dimaksudkan 2 kegembiraan diperoleh. 1st kita gembira sebab dapat berpuasa and dapat habiskan, and kedua sebab kita dapat dekatkan diri dengan Allah. Bila kita berpuasa, kita akan lebih dekat dengan Allah. Ini juga terdapat dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim.
4. Solat sunat terawih
Solat sunat terawih ni adalah solat sunat istimewa sebab hanya ada dalam bulan Ramadhan je. Macam tahun ni kita solat dekat rumah jela sebab tak boleh ke masjid atas faktor keselamatan kes Covid-19 ni. Solat terawih ni boleh dilakukan 8 rakaat,10 rakaat atau 20 rakaat. Terawih ni bermaksud istirehat, Ni menunjukkan setiap lepas dua rakaat kita bagi salam then kita rehat kejap. Tak perlu kita terburu-buru untuk Solat terawih ni. Besar Pahala kita tunaikan solat terawih walaupun sunat sahaja.
Baiklah, itu je empat kelebihan bulan Ramadhan yang aku nak share petang ni. Moga bermanfaat untuk reader sekalian. Last dari aku Happy Iftar rakan-rakan.

Comments
Post a Comment