cara-cara untuk perangi covid-19
assalamualaikum guys sorry sebab dah lama tak buat vlog.so hari ni aku nak ajar korang beberapa cara untuk perangi covid-19.so aku harap apa yang aku share ni membantu korang.
Pertama: Lakukan Saringan
- Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan terutama kepada mereka yang pergi ke perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.
Kedua: Kuarantin diri
2.Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut.
Ketiga: Memakai topeng muka
3.sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.
Keempat: Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’
Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar.
Kelima: Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah
Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk membasmi virus.
Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu peti ais.
so aku rasa sampai sini lah dahulu aku harap korang boleh memanfaatkan ilmu yang aku dah bagi ni.
Comments
Post a Comment