Hiking 🧗‍♀️

Assalamualaikum dan hi semua orang. 

Harini aku nak cerita tentang pergi hiking di beberapa gunung dan bukit. 

1. BUKIT BROGA 

Okayy pertama sekali Bukit Broga. Bukit Broga ni terletak di negeri orang iaitu Semenyih, Selangor. 



So broga ni sebenarnya agak famous bagi aku lah. Setiap kali pergi naik broga ni mesti ramai orang. Tak pernah tak ramai. 

Nak naik ni dalam 30-40 minit je. Sesuai lah nak keluarkan peluh lepastu bergambar dekat puncak kan.

Kalau ikut rate kepayahan mendaki maybe aku bagi 5/10 sebab takdelah susah mena. Nama pun bukit kan.

2. GUNUNG DATUK 

Okayy next is Gunung Datuk. 

Gunung datuk pun terletak di negeri orang. Iaitu di Rembau, Negeri Sembilan. 

Mari kita payung satu gambar 



So gunung datuk ni dia banyak batu yang besar-besar. Pemandangan dia lawa lah juga tapi aku tak reti nak ambil gambar so takdelah gambar yang nice-nice. 

Untuk rate kepayahan, aku bagi 8/10 sebab nak naik tu ambil masa dalam sejam lebih. Maybe siapa yang fitness mantap tu boleh lagi awal lah sampai puncak. 

Pernah je rasa giveup nak naik gunung ni tapi kalau turun balik rasa tak berbaloi lah kan. So teruskan mendaki sampai ke puncak. 

3. GUNUNG ANGSI 

Okay gunung angsi ni terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

So first time aku daki gunung ni beramai-ramai ya. Sebab aku pergi program sekolah punya. So memang atas tu penuh budak sekolah lah. 

Pemandangan gunung ni bagi aku biasa-biasa sahaja, tak banyak tempat kau boleh bergambar. 




So untuk rate kepayahan aku bagi 5/10. Sebab gunung angsi ni agak mendatar so senang je nak sampai puncak. Dalam 30-40 minit dah boleh sampai puncak

Pergi dengan kawan-kawan ni best lah. Sebab penat dia bukan sebab mendaki tapi sebab bergurau. 


So itu sahaja untuk entry kali ini. Jumpa lagi di masa akan datang. 

Terima kasih sudi baca blog nuren amira ✌🏻



Comments

Popular Posts