Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. 

Alam sekitar perlu dijaga  dengan sebaik mungkin oleh semua orang supaya bumi yang kita tinggal ini tidak tercemar oleh tangan-tangan yang tidak sepatutnya. Di sini say ingin menunjukkan beberapa langkah untuk menjaga alam sekitar dengan baik.



1. KITAR SEMULA 

Dengan mengitar semula barang-barang terpakai, kita dapat menjimatkan kos untuk membuat barangan atau produk lain dengan menggunakan barang yang diperbuat daripada jenisnya sendiri. Oleh itu, alam sekitar kita tidak akan tercemar dengan barangan yang terpakai.

2. BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH


Membuang sampah ke dalam tong sampah dapat menjadikan sesuatu kawasan itu bersih daripada sebarang kotoran dan dapat menghindarkan daripada ulat,burung,lalat dan sebagainya untuk merosak dan memakan sampah tersebut.

3. MENANAM POKOK


Menanam pokok juga merupakan salah satu langkah untuk menjaga alam sekitar, ia dapat menjadikan sesuatu tempat itu terasa nyaman dan tenang dengan kehijauan pemandangan. 

4. MENDIDIK MELALUI KEMPEN


Dengan adanya kempen kita akan lebih menghargai alam sekitar kita supaya tidak dicemari. Selain itu, kita dapat mengetahui tentang alam sekitar dan serta dapat memupuk generasi muda untuk bergotong-royong bersama-sama menjaganya.

Sekian sahaja daripada saya tentang blog pada hari ini, kita jumpa di masa akan datang 

Comments

Popular Posts