AMALAN DI BULAN SYA'BAN
Assalamualaikum memandangkan bulan sya'ban dah masuk dan mendekati bulan ramadhan yang kita nanti-nantikan, disini aku nak kongsikan sikit amalan-amalan yang boleh dilakukan pada bulan sya'ban ini dan insyaallah mendapat ganjaran pahala sebagai bekalan kepada kita di akhirat kelak.
1. Puasa sunat
Mengikut Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. membanyakkan puasa di bulan Sya’aban.
- Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
2. Membaca surah Yasin
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya membaca al-Quran. Setiap huruf diberi
ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu surah dalam al-Quran.
- Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran.
Sudah berlaku ijmak dan sepakat dikalangan ulamak2 muktabar sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Artinya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. (Riwayat al-Tirmizi)
3. Berdoa
- Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah S.W.T.
memerintah hambaNya berdoa nescaya Allah S.W.T. memperkenankan doa mereka. Jika kita terdapat apa-apa masalah kita hendaklah kembali kepada Allah dan berdoa agar semua masalah dapat diselesaikan dan anggap masalah atau musibah yang menimpa kita itu sebagai pengajaran dan membuatkan kita lebih dekat dengan sang Pencipta iaitu Allah.
4. Mengadakan majlis kenduri
- Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan bersedekah dan mengeratkan silaturrahim.
Kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga. Dengan mengadakan kenduri akan dapat pahala yang banyak ia dianggap sebagai sedekah dan menjamu atau memberi makanan merupakan suatu amalan yang mulia.
5. Bertahlil
- Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaaan dari ayat al-Quran, zikir Lailaha
illallah, berdoa dan beristighfar mohon keampunan Alah S.W.T terhadap keluarga yang
meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.
Sekian sampai sini sahaja perkongsian saya tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan pada bulan sya'ban ini, saya harap sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita sebelum masuk bulan ramadhan yang berbaki lagi 30 hari insyaallah aminn.
Comments
Post a Comment