CHEESEKUT
Assalamualaikum and hello gang haji Vuppy. So sekarang dah pukol 3 tepat do. Aku memang kepishangan teruk dekat rumah. Maklumlah rakyat Malaysia yang prihatin baik lagi mendengar kata. So, aku decide nak buat cheesekut japlagi. Alang-alang aku nak buat cheesekut tu meh aku share cara nak buat. Belom pape air liur aku dh meleleh ni ha. Cheesekut sedap boshku ( sebutan para ).
So, sikit je barang yang kita kena ada nak buat cheesekut nih. Ada 5 barang sahaja boss. 5 barang ni dah cukup nak buat kita kenyang dan gembira di hari yang sunyi lagi sepi ni.
Resepi Cheesekut Haji Vuppy :
1. Milo / Nestum or yang sama waktu dengannya. Milo lah sedap lagi.
2. 250g Cream Cheese
3. 200g susu pekat ( aku prefer gold coin lah )
4. Susu Full Cream ala yang standard dutch lady kotak tu. Kotak kecik pon boleh sebab guna dalam 2 or 3 sudu je gang
guna farm fresh pon no problem tau
5. Hupseng bossku . Guna biskut lain pon boleh tapi better hupseng lah
So, semua ni kita boleh dapat dekat pasaraya memana je kedai runcit pon ado. Kang gi lah beli jap. Takpe wakil keluarga kan boleh keluar beli barang
Okay jom kita start. Senang je step dia. Serius aku ckap kalau korang buat cheesekut memang berbaloi lah. Makan pulak sejuk-sejuk en fuhhh mereciks boss.
1. Kita mixkan 250g cream cheese and 200g susu pekat serta 2 sudu fresh milk dalam blender (kalau ada). 3 sudu pon boleh tapi cair sikit lah nanti. Kalau takde blender kita gaul lah manual guna tangan hahahahaha penat sikit lah
2. Then bila dah sebati tu keluarkan letak dalam bekas kecil
3. Then letak fresh milk yang balance tu dalam 1 mangkuk lain sebab nanti kita nak celup sikit biskut dalam tu
4. Ambik bekas yang korang nak letak cheesekut dalam tu. Susun biskut hupseng elok-elok. Tapi before tu celup dulu dekat fresh milk tu. Jangan celup lama-lama chorr, celup sekali lalu je
5. Then setiap lapisan biskut tu, kita sapu and ratakan dengan adunan susu pekat cream cheese and 2 sudu fresh milk tadi tu. Jangan nipis sangat lapisan dia
6. Then letak lagi biskut hupseng atas dia and ratakan lagi adunan susu pekat tadi tu. Buat lah dalam 5 layer biskut hupseng tu. Setiap layer ratakan adunan susu tu .
ha camnilah lapisan hupseng tu. Cuma ni dia buat guna nestum. Ni aku ambik gmbr google je sebab aku tk buat lagi
7. Then dah siap tu, kita letak dalam peti ais bagi sejuk boss. Agak-agak dalam 6 or 7 jam kita keluarkan balik then apa lagiii, kasi ngaplahhh.
ni gambar google gak. Contoh kalau dh siap and dh sejukkan. Fuh meleleh tengok tu
Okay gang tu jelah perkongsian aku untuk artikel ni. Tunggu japlagi aku nak buat cheesekut. Nak melayan nafsu makan aku nanti. Sapa nak boleh dm aku dkt ig @goodzaff
Comments
Post a Comment