Cara mengamalkan gaya hidup sihat

Assalamualaikum geng, harini aku nak memberitahu pulang tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Setiap manusia di muka bumi ini mesti mahukan tubuh badan yang sihat dan tidak mahu sebarang penyakit atau masalah yang tidak diingini berlaku terhadap dirinya.

1. Menjaga pemakanan seharian
- Perkara yang paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat ialah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Antara pemakan yang penting untuk badan kita ialah makanan yang berkabohidrat:

-Bijirin
-Nasi

Dan seterusnya pengambilan makanan yang digalakkan untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat:

-Sayur-sayuran
-Buah-buahan



2. Melakukan senaman atau riadah
- Dengan mengambil pemakanan yang seimbang dan juga amalan bersenam dan beriadah secara konsisten, sekaligus dapat membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah berat badan. Aktiviti senaman dan riadah ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman atau riadah ini memadai dilakukan dalam 20-30 minit sehari.


3. Menghindarkan diri daripada aktiviti negatif yang boleh menjejaskan kesihatan.

 Contoh aktiviti negatif :
- Penagihan dadah
- Ketagihan arak
- Menghisap rokok

Secara jelasnya dengan menghisap rokok akan membuatkan badan kita mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Dengan menghindari gejala merokok ini, kita dapat menabung dan gunakan duit tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah sebagai contoh bercuti yang dapat membri keseronokkan.Tambahan pula dengan meminum arak akan mendatangkan implikasi yang teruk kepada mental serta fizikal kepada peminumnya.



4. Mendapatkan pemeriksaan kesihatan
- Kebanyakkan orang akan berjumpa doktor hanya bila mereka mendapat penyakit sahaja. Tetapi mereka lupa yang mengamalkan gaya hidup sihat itu memerlukan seseorang itu membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta dengan kekerapan sebanyak 2 kali setahun seperti setiap 6 bulan sekali. 



Sekian sahaja perkongsian saya pada harini harap bermanfaat kepada semua pembaca

AMALKANLAH GAYA HIPUD SIHAT DALAM AMALAN HARIAN ANDA.



Comments

Popular Posts