Family aku
Assalamualaikum gais dan selamat sejahtera ! kembali lagi untuk aku siapkan assignment blog aku ni. okay gais harini aku nak cerita kan pasal family aku. ha gambar atas tu la family aku tapi kurang sorang iaitu abang aku yang pertama. sebab dia takde kat malaysia. dia kerja kat australia. okay mula mula kita start dengan perkenalkan dulu ahli keluarga aku ni sorang sorang kerluarga tersayang aku ni.
Mula mula kita start dengan orang yang mula mula tubuhkan keluarga aku ni iaitu orang yang aku sayang,mak dan abah aku. nama abah aku ni aialah Zulkarnain bin Selamat dan dilahirkan di Ayer Hitam,Johor. umur beliau tahun ni adalah 48 tahun dan bekerja sebagai juru xray dekat Hospital Sultanah Nora Ismail,Batu Pahat. Hobi nya adalah main futsal. Kemudian mak aku namanya ialah Sarimah Binti Ahmad Arshad dan dilahirkan di Telok Intan Perak. Umur beliau tahun ni adalah 46 tahun sebagai suri rumah dan buat side income dengan menjaga anak anak cikgu (baby sitter). Trusted juga mak aku ni
Kemudian aku nak perkenalkan adik beradik aku. Tapi malangnya sorang dalam ni takde. Tapi jangan risau sebab aku akan bagi gambar dia jugak kat bawah nanti okay. Abang aku yang 1st nama dia Muhammad Shahir tahun ni umur dia dalam 25 tak silap aku. Dia sekarang duduk kat Australia sebab kerja sana. Dah lama aku tak juumpa dia. Rindu sangat. dalam 3 tahun juga. Inshaallah raya ni kitorang sekeluarga raya kat tempat dia. andai diizinkan sebab wabak koronavirus ni buatkan rakyat malaysia tak boleh kluar negara. Second adalah kakak aku nama dia Nurul Izzatie yang baju hitam tu. Tahun lepas dia kahwin dengan orang Rembau. Kakak aku tahun ni 24 tahun. Third dalam family aku adalah Muhammad Iskandar yang sebelah kanan kakak aku tu. Umur dia adalah 22 tahun. Sekarang dia tengah berlayar untuk syarikat Orkim. Inshaallah bulan 1 tahun depan dia report balik kat ALAM.
Kemudian yang keempat adalah aku ,Muzzammil umur 19 tahun lahir dekat Batu Pahat. Hobi aku adalah main segala jenis bola yang berada kat kaki iaitu futsal,bolasepak dan lain lain la. Sukan yang gunakan tangan aku tak minat sangat kecuali hoki. Aku dengan abang aku ni main bolasepak dan futsal sama sama dari umur aku 6 tahun lagi. Dorang la yang banyak ajar aku main semua ni. Next adalah adik perempuan aku iaitu Siti Nafisah. Sekarang dia form5 dekat SMK Maahad Muar. Last sekali adalah adik lelaki aku iaitu Muhammad Ubaidillah yang berumur 10 tahun kot. pasal umur umur ni aku tak ingat sangat hehehe.
Okay gais ni gambar along aku yang kat Australia tu. Rindu dia sangat sangat. Semoga dia sihat dan bahagia sentiasa
Inilah dia kakak aku punya majlis kahwin dengan suami dan mak abah aku sekali. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Aku doakan bahagia sampai ke anak cucu dan kekal ke jannah. Doakan la jodoh aku sekali ahhahahaha
Akhir sekali,aku nak mintak maaf sebab gambar aku ni takde variasi sangat sebab aku pakai gambar kahwin ni. sebab aku takde event and lagi 1 gambar adik beradik aku takde lagi sebab ada problem masa nak upload. Jadi macam biasa la korang kena on noti untuk update aku seterusnya dan tengok gambar adik beradik aku ni.
Sekian,terima kasih ya gais !!
Comments
Post a Comment