Nike Adidas berperang ?

Assalamualaikum and hello gang haji vuppy. Kembali lagi kita dalam artikel seterusnya. Aku baru lpas dinner ni and baru lahap cheesekut aku sikit tadi. Fuh memang mantap chakep rasa cheesekut tu. Perut dah kenyang so aku sambung lah buat artikel. Kalini aku nak cerita pasal dulu ada berita gempar untuk peminat barangan sukan especially Adidas and Nike.


Ni logo Adidas yang sekarang


Ni logo Nike


Okay dulu dalam tahun 2013 ke 2014 tah aku tak pasti, ada berita yang Nike and Adidas isytihar perang.Jangan gelabah dulu gang. Bukan perang tembak menembak tu. Ni just perang dingin je.

Puncanya ?

Adidas and Nike keluarkan kasut yang designnya hampir sama. HAHHAHAHA macam pelik en sebab apa nak perang dingin ? Okay jawapannya sebab dua jenama ni adalah jenama besar dalam barangan sukan. So, mestilah diorang nak claim diorang pencetus revolusi kasut tu. And Adidas awal beberapa jam je launch kasut tu berbanding Nike.

Apa dua kasut tu ?

Adidas punya kasut ialah Adidas Primeknit FS and Nike punya kasut pulak Nike Magista High Ankle. Apa yang nak hampir samanya ? Kang aku tunjuk design korang usha lah. Bagi aku yang hampir sama just design high ankle tu and bentuk kasut tu. Tapi Magista ni lagi laku daripada Primeknit FS tu.

Nike Magista



Adidas Primeknit FS




So kalau korang tengok dengan mata kasar sekalipon, just diorang sama dari segi design but and high ankle tu. Cuma Adidas punya lagi tinggi lah.

Tapi dalaman kedua-dua but ni lebih kurang je. Sebab high ankle tu disulam sekali dengan kasut untuk bagi keselesaan kepada pengguna. Dua-dua kasut ni pon fleksibel and memberikan kestabilan and kekuatan yang baik kepada pengguna. 

Masa Nike launch Magista ni pon Nike guna tagline "bola sepak takkan sama lagi" . AHAHAHHAH lagi lah Adidas koyak kan ? So, tu jelah aku nak share pasal topik ni. Padahal ada je lagi kasut yang tiru design Adidas and Nike tapi diorang tak bising sebab bagi diorang pencabar jenama diorang ni hanya mereka berdua . So, bagi aku Adidas and Nike dua-dua okay. Cuma kalau laku maybe Nike lagi laku. 

Comments

Popular Posts