TRIP LANGKAWI DENGAN GANG IMTIAZ
Okay guys kembali lagi kita dalam post yang ke-9. Aku harap korang follow lah flow post aku ni. Jangan risau guys, ada 3 je lgi post. Idea pon dah kering ni bos. Kena perah otak dulu nak cakap apa. So, post kali ni aku nak cerita TRIP LANGKAWI DENGAN GANG IMTIAZ. Ni memang unforgettable lah weh.
So, trip ni aku pergi dengan batch aku seramai 39 orang. Ha sikit en ? Memang sikit pon, kitorang punya batch time form 1 sampai form 3 ada 76 orang then after PT3 half keluar pindah sekolah lain and ramai masuk SBP and MRSM lah. So, kitorang gerak Langkawi naik bas sampai jeti Kuala Perlis and dekat Langkawi kitorang guna van sewa.
Ni kitorang baru je sampai Jeti Langkawi
Trip kitorang ni under sekolah tau sebab macam Last Trip Before SPM lah. So, dekat sana kitorang stay motel murah. Memang murah ah sebab motel tu 1 rumah 3 bilik. 1 motel tu kitorang dapat dalam rm100 lebih je satu malam. kitorang pergi 4 hari 3 malam kalau tk silap.
Roommate aku kat motel merangkap gang baik kaw-kaw lah sampai mati. Time ni baru sampai
So, dekat langkawi macam-macam tempat kitorang pergi.First sampai Langkawi kitorang terus pergi MRSM Langkawi. Macam lawatan sambil belajar lah sebab taknak lah nampak macam pergi jalan saja en, so kena lah ada input sikit. Paling best kitorang main go-kart indoor. Go-kart ni dekat je dengan motel tu so kitorang jalan kaki je ke tempat go-kart tu sebab kitorg pergi waktu takde apa- apa aktiviti.
Ni time kitorang dekat MRSM Langkawi
Then, kitorang pon pergi under waterworld dekat pantai chenang tapi dekat sini hambar wo. Budak-budak sesuai lah pergi situ . Kalau kitorang dah form4 time tu memang masuk pastu tak sampai 5 minit dah keluar hahahahaha.
Then kitorang pergi 3D museum dekat dengan cable car. Before tu kitorang layan cable car dulu. Semua naik cable car and lepak dekat sky bridge dulu. Then dah puas kat atas tu baru gerak 3D museum area situ jugak
Ni kitorang dekat Sky Bridge
3rd day kitorang pergi Snorkelling, Tasik Dayang Bunting and Eagle Feeding . Dia buat macam checkpoint lah. Kiranya harga tu termasuk pakej sekali lah. Tasik Dayang Bunting tu memang dalam gila so kitorang mandi pakai life jacket. Yang ni memang heaven la sebab time tu memang kitorang je je yang ada kat situ. So buat macam tasik sendiri lah. Snorkelling pulak bebiasa je sebab guna apparatus hambar je . Tapi tempat kitorang snorkelling tu tak sesuai untuk kanak-kanak la sebab pemandangan tk elok dengan ramai tourist luar nya.
Ni kitorang dekat Tasik Dayang Bunting. Ada lagi yang takde dalam gambar
Last day pulak kitorang gerak tempat biasa orang pergi setiap kali gerak Langkawi iaitu Haji Ismail Group. Macam biasalah situ apa je lagi nak cari lain tk bukan coklat lah boss. Ibarat syurga coklat situ. Tapi bukan free ye bayar lah. Lepastu kitorang gerak terus jeti . Jeti kitorang gerak awal sikit sebab taknak lambat-lambat. Tapi sempat tala bowling dulu kat jeti tu before naik ferry
Tala bowling dulu before naik ferry
Then kitorang naik ferry sampai jeti kuala perli and terus gerak balik naik bas ke imtiaz. Paling style, sampai imtiaz hari khamis dalam pukol 4.30 pagi. Then pukol 7.30 kena masuk kelas jugak bos. Memang ciduk lah time tu
Comments
Post a Comment