Perjalanan Seorang Piswek

  Assalamualaikum dan Salam Malaysia baru,


     Jadi ni first entry aku dan tahniah kepada korang kerana dengan izin Allah korang diberi             kesempatan untuk membaca sedikit penulisan tentang hidup aku. Untuk first entry ni aku nak santai santai je so aku intro dulu.

    Nama Muhammad Hafiz bin Afandi, lahir HUKL, Kuala Lumpur dan membesar  di Rawang, Selangor.





    Cita-cita masa dari kecik nak jadi seorang engineer berjaya sebab masa kecik aku tengok pakcik aku bawak kereta besar dan sentiasa kemas dan paling penting berjasa kepada kedua orang tua dia. So mindset aku dari kecik nak jadi engineer sebab dari pandangan aku its a cool profession.







Jadi guys disini lah aku melanjutkan tahun-tahun terakhir zaman sekolah menegah aku, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak. Oleh kerana aku nak sangat belajar engineering dan lari dari Science Stream aku ambik Mechanical Engineering. Walaupun hanya 2 tahun tapi kenangan kat sekolah ni banyak ada yang sedih dan ada yang gembira biarlah yang tahu je tahu. Shout out to ABU dan ZAABA dan my beloved classmate Mechanical 3 17/18.



Plot twist,

 Masa form 5, aku baru tahu tentang kerjaya sebagai pegawai atas kapal,

                    


Jadi disini lah aku sekarang, melanjutkan pengajian di Akademi Laut Malaysia (ALAM),
Masa nak ambik SPM aku dah set mindset aku apa-apa pun aku kena masuk AlAM haha.
ALAM ada dua course dan aku mengambil Diploma in Nautical Studies dengan cita-cita nak jadi seorang seafarer dari kadet hinggalah kapten insyaAllah.


MAJULAH  SEAFARER UNTUK NEGARA, sekian terima kasih

Nantikan entry kedua aku '2. KALAU LEPAK STARBUCKS NAK ORDER APA?'










Comments

Popular Posts