AMALAN SURAH HARIAN MENGIKUT WAKTU



Okay gang harini kita sambung dengan post ke-7 aku. So, sempena dengan hari jumaat yang mulia ni aku nak kongsikan ilmu yang boleh korang amalkan sepanjang hari korang semua lah. Aku harap agar ilmu ni bermanfaat untuk semua. Bukan apa, sekali sekala kita share ilmu dekat orang lain okay jugak kan?  Jom kita start

1st sekali kita start dengan surah pilihan selepas solat subuh. Maksudnya Lepas solat subuh kita ambil dalam 10 minit untuk kita amalkan surah ni. Surah apa yang aku maksudkann ni? So, jawapannya ialah surah Yasin. ( muka surat 440 )


Dikatakan bila kita mengamalkan surah Yasin selepas subuh ni, dijanjikan apa yang kita hajati tu ditunaikan. Wallahua'lam. KIta berusaha je baca baca and baca tau and rezeki tu urusan Allah. Jangan risau, rezeki ni dalam 3 bentuk Allah akan bagi. First, Allah terus makbulkan permintaan kita. Second, Allah makbulkan doa kita namun bukan pada masa itu tetapi pada masa yang sesuai. Third pulak Allah akan gantikan hajat kita tu dengan perkara yang lebih baik. Allah maha Adil so tak perlu kita pertikaikan apa yang kita dapat or tak dapat.

Okay next kita teruskan dengan surah pilihan untuk waktu solat yang seterusnya iaitu solat Zuhur. Surah pilihan selepas solat Zuhur ialah Surah Ar-Rahman ( muka surat 531). Surah Rahman ni dalam 3 muka surat je bila kita gabungkan so dalam 5 minit je. Tak lama kan? Luang masa untuk dunia boleh lama-lama takkan untuk Akhirat kita tak boleh korbankan 5 minit kita tu.


Kelebihan kita membaca surah Ar-Rahman ni adalah untuk melahirkan sifat syukur serta mengingatkan kita tentang kebesaran Allah dan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. Okay dalam surah ni banyak menyebut ayat yang tertera dalam gambar di atas. Ayat tu bermaksud " Maka nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan " So, ayat ni jelas menyatakan perihal manusia yang kurang sifat syukur terhadap kurniaan Allah kepada setiap individu

Okay yang ketiga surah pilihan selepas solat Asar. Surah pilihan selepas solat Asar adalah surah An-Naba' ( muka surat 582 ). Surah ni hanya 1 muka surat setengah je


Kelebihan mengamalkan surah ni pulak ialah Allah akan mengampunkan segala dosa kita kecuali dosa syirik Wallahua'lam. Kita sebagai manusia biasa banyak melakukan dosa samada sedar atau tidak sedar. Jadi, kita perlu memperbanyakkan masa kita ke arah sesuatu yang lebih berfaedah sebagai persiapan menghadapi Alam yang kekal abadi satu hari nanti.

Then seterusnya ialah surah pilihan selepas solat Maghrib. Surah pilihan selepas solat Maghrib adalah surah Al-Waqiah ( muka surat 534 ) . Surah Al-Waqiah ni pon dalam 3 muka surat je bila digabungkan.



So, kelebihan mengamalkan surah Al-Waqiah ialah Allah akan memperluaskan rezeki hamba-Nya. So,selain kita menunaikan solat Dhuha , kita juga boleh mengamalkan surah ni lepas solat Maghrib. Insha Allah rezeki kita akan lebih baik. Kita perlu ingat, rezeki bukan dari segi duit je tapi macam-macam lagi seperti kesihatan, kebahagiaan dan kebijaksanaan dalam menuntut ilmu.

Last but not least adalah surah pilihan selepas solat Isyak iaitu surah Al-Mulk ( muka surat 562 ). Surah ni dalam 2 muka surat setengah je.




Kelebihan kita membaca surah Al-Mulk adalah untuk mengelakkan daripada siksa kubur dan fitnah dajjal. Kebiasaannya kita membaca surah Al-Mulk sebelum tidur. So tak kisah memana nak buat lepas solat isyak or sebelum tidur malam tu.

Okay  guys aku rasa tu je perkongsian aku untuk post kalini. Aku harap bermanfaat untuk semua pembaca. Semoga kita semua Istiqamah dalam melakukan kebaikan sebab manusia ni ada sifat untuk kurang Istiqamah bila buat baik. So, kita kena motivate diri kita setiap hari. Kalau kita habiskan masa banyak untuk dunia macam main phone ke berbual-bual ke jalan-jalan ke, takkan kita tak boleh luangkan sedikit masa sebagai bekalan untuk Akhirat nanti. Ingat, kita just duduk lepas solat dalam 5-10 minit untuk amalkan bacaan surah pilihan ni. Insha Allah semoga semua terus bersemangat dan bermotivasi untuk melakukan kebaikan. Biar manusia tak pandang tapi jangan sampai Allah tak pandang. Selamat beramal !





Comments

Popular Posts