Assalamualaikum gaissss...sorry lambat skit update untuk hari ni.Mesti korang terkejutkan dengan tajuk tu? tapi yang pupus tu ialah Badak Sumbu Sumatera Malaysia banyak lagi spesis Badak Sumbu yang lain dekat dunia.Namun mereka juga antara binatang yang hampir pupus.Hal ini amat menyedihkan bagi warga dunia kerana akan kehilangan salah satu binatang yang sangar bernilai.
|
Ini gambar Iman |
Badak Sumbu Sumatera yang terakhir ini telah dinamakan Iman.Iman telah menghidap penyakit kronik selama 5 tahun sejak tahun 2014 lagi.Ini amat menyedihkan rakyat Malaysia dan salah satu kehilangan yang terlalu bernilai.Tiada lagi badak sumbu di Malaysia.Iman mati disebabkan berlaku pertumbuhan pada uterus Iman.
|
antara tanduk2 badak sumbu |
Hal ini berlaku sebab pemburu haram telah memburu badak sumbu untuk mendapatkan tanduknya.Disebabkan ketagihan pemburu haram,badak sumbu telah diburu setiap hari di atas permintaan yang tinggi daripada pasar gelap hidupan liar.Ini kerana harga bagi tanduk badak sumbu bernilai RM 240,000 sekilogram di pasar gelap.
Pihak yang menyanyangi haiwan liar telah mengambil langkah untuk melindungi badak sumbu dengan memotong tanduknya.Perkara telah mendapat persetujuan daripada pihak kerajaan untuk meneruskan tindakan ini.Perkara ini berlaku di Afrika.Namun langkah ini telah diambil dengan berhati-hati agar badak sumbu tidak tercedera.Penemuan yang menarik yang ada pada badak sumbu tu ialah mempunyai bentuk 'LOVE' di dalam tanduk.Tidak mustahillah ia mempunyai permintaan yang tinggi.
Kesimpulannya,peliharalah binatang liar daripada terus pupus.Hal ini supaya generasi yang akan datang dapat melihat lagi binatang yang unik dan bernilai.Namun,dari tahun ke tahun banyak binatang yang telah pupus disebabkan aktiviti manusia yang tamak.Oleh itu,semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam membasmi pemburuan haram daripada terus berlaku.SEKIAN.
Comments
Post a Comment