Mabul Island

Assalamualaikum geng hari nih aku nak cerita sikit pengalaman aku bercuti tahun lepas dekat 
Mabul Island, Sabah🏝
Kebetulan satu family semua cuti dapatlah keluar bercuti complete best laa kalau bercuti semua ada kann dia akan jadi lagi happening.
Ni view sebelum mendarat ke destinasi dekat Airport Tawau.

Lepas mendarat dekat airport tuhh kami kena naik van untuk ke jeti dan terus dari jeti ke pulau mabul tuhh dia mengambil masa dalam 1 atau 2 jam ikut juga pada kekuatan enjin bot tuhh

Haa bleh tengok laa lawa tak lawa fuhh mmg lawa 
baq hang

Lepas sampai sana kami duduk dkt chalet disediakan memang lawa lahh dengan view and chalet atas laut tuhh mantap habes laa cita diaa. 

Lps sampai sini kami rest kejap sbb petang ada aktiviti plak snorkeling and diving. So santai-santai dulu dalam bilik rehat makan apa semua dulu, layanan pekerja pun bagus makanan pun tersedia sekali dengan pakej so jangan risau bab makanan.



Tuhhh sekoq-sekoq ikan nampak time buat skin diving penyu pun jumpa jugak tapi dekat Mabul nih depa memang jaga betoi dengan kehidupan laut nihh sebab depa tak nak rosakkan hidupan laut.
 Pulau Mabul nih kira macam Maldives malaysia laa gitu dengan ayaq jernih diaa mmg padu lahh. 

 Haaa nihh Family aku yang paling aku sayang ❤️sampai mati. Aku doa supaya family aku dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki Insyaallah aminnn 🤲🏻


Haa view sunset dia mmg paling lawa lahh bleh laa highly recommended untuk pasangan yang baru kahwin kaa apa honeymoon sebab view memang semua lawa2 kat sini 

Okey lahh sampai sini saja dlu bleh dah kot hampa masukkan dalam list bagitau family untuk bercuti dekat Mabul Island nihh hujung tahun nihh insyaallah 

SEKIAN TERIMA KASIH ✨









Comments

Popular Posts