QADA' DAN QADAR
Okay guys so kalini aku nak share sikit ilmu tentang rukun iman yang keenam iaitu beriman kepada Qada' dan Qadar. Post kalini aku buat pendek je sekadar perkongsian kepada semua. Semoga bermanfaat.
Kita sendiri tahu rukun iman dan always ungkapkan rukun iman. Hal ini menunjukkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Tapi, adakah kita sekadar ungkap or kita tahu sekali pengertian setiap apa yang kita ungkap kan tu ? So jom kita sama-sama baca and hadam ilmu ringkas yang aku nak sampaikan.
Apa itu Qada' ? Dan apa itu Qadar ?
Qada' ialah kehendak Allah atau hukum Allah mengenai sesuatu ketika terjadinya sesuatu perkara. Jadi, qada' ni telah diputuskan oleh Allah terhadap semua aspek kehidupan seperti penciptaannya.
Qadar pula ialah takdir atau ketentuan Allah sejak azali yang mana ianya telah termaktub dalam Luh Mahfuz. Ini bermakna qadar ini telah Allah tetapkan bagi setiap insan sejak mereka lahir lagi.
Qada' pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-
1. Qada' Mubram
2. Qada' Mu'allaq
Qada' Mubram ialah Qada' yang tidak dapat dielakkan. Qada' mubram ini juga adalah ketentuan Allah yang tidak dapat dielakkan dan tidak akan berubah. Jadi, Qada' mubram ini adalah ketentuan yang tidak dapat diubah walaupun dengan ikhtiar manusia
Contohnya ialah kematian seseorang, jodoh dan kiamat. Kita sebagai manusia tidak akan mengetahui waktu kita akan meninggal dunia. Walaupun kita membuat pengiraan seribu tahun lama pon, kita tidak akan mengetahui tarikh dan masa yang tepat. Jadi, ini menunjukkan bahawa ikhtiar manusia itu tidak mampu di ubah dan diketahui.
Qada' Mu'allaq pula ialah ketentuan Allah yang telah ditetapkan namun boleh berubah sesuai dengan kehendak Allah serta dikaitkan dengan usaha manusia.
Contohnya ialah seseorang menjadi pandai atas usahanya untuk belajar dan seseorang menjadi kaya atas amalannya yang selalu bersedekah. Jadi, atas ikhtiar seseorang itu untuk menjadi pandai, dia berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu dalam dirinya. Maka, Allah beri kepandaian kepadanya. Selain itu, atas usaha seseorang untuk menambahkan rezekinya, dia banyak membelanjakan harta ke jalan Allah serta bersedekah kepada orang memerlukan. Lalu, Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada hamba tersebut.
Jadi guys itu jelah yang aku nak share secara ringkas tentang qada' dan qadar. Semoga bermanfaat untuk pembaca sekalian dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Terima asih

Comments
Post a Comment