Jalan Hidup Aku


   Okeh..... ni time aku amik result SPM aku. Walaupun tak lah hebat mana tapi boleh go la sampai aku dapat apply ALAM ni. Rezeki tuhan siapa yang tahu kan. Waktu ni hidup aku penuh dengan kuasa duniawi sampaikan aku pernah rasa taknak sambung belajo. Tapi demi keluarga aku, aku belajo la. Hahahahhahaha. Lepas amik result ni aku goyang kaki je kat rumah. Malas nk kerja dan aku lagi pilih duk rumah daripada kerja. Tapi tak lama tu aku start kerja dengan member ku. Member aku ni ada meniaga nasi lemak, dan aku kerja dengan dia. Makin lama aku kerja dengan dia makin rapat aku dengan dia. Ada la salah faham sikit tapi kitorang selesaikan dalam masa 3 hari.




   Ni adalah classmate aku time aku form 4 ngan form 5. Ini belum cukup lagi sebab ada yang tak datang pada hari tu. Ni waktu kitorang buka puasa bersama seminggu sebelum raya tak silap aku. Waktu ni aku baru lepas kemalangan and tak lah teruk sangat, tapi demi kawan aku, aku datang walaupun keadaan aku 'cacat' hahahahaha. Tapi aku okay je sebenarnya takde la cacat mana pun. Semua kawan aku tak tahu tapi bila aku datang haritu diorang terkejut. Diorang taklah kesiankan aku tapi sakitkan aku lagi ada la. Tapi tak amik hati sebab aku suka bila diorang happy dengan aku. Diorang la yang banyak tolong aku dalam kelas and even kat luar kelas.

   Kitorang tak selalu sangat lepak setable sama-sama tapi kalau dekat sekolah tu memang gila-gila punya borak la. Borak macam 10 tahun tak jumpa. Hahahahahahhah. Kenangan aku ngan diorang ni takkan pernah aku lupakan oi.





   Okay aku saja besarkan gambar ni sebab aku nampak apak hensem hahahahaha. Ni lah
"BROTHER S2". Diorang ni aku kenal daripada sekolah rendah and sampailah sekarang. Diorang ni memang kelakar. Ada yang sama sekolah ngan aku and ada yang pindah ke negeri lain ngan pergi ke vokasional. Masa ni salah sorang memeber aku ada buat open house and ramai member yang ada tapi dalam gambar ni pun tak semua sebab ada yang dah balik. So ni je yang aku dapat. Kitorang daripada lain-lain kelas, tapi walaupun lain kelas kitorang tetap bersama. Bukan senang nak ada kawan ramai macam ni yang mampu bimbng kau and tegur kau kalau kau salah. Alhamdulillah semuanya dah sambung belajar sekarang and akan kerja tak lama lagi. Sekarang masa lepak dah kurang sebab masing-masing sibuk dengan belajar. Tapi tu tak menghalang kitorang daripada lepak bila balik dari tempt belajar masing-masing.

   Boleh katakan setiap hari kitorang jumpa sebelum masuk belajar ni. Lepak sampai tak ingat dunia lah katakan and sampai ke subuh lepak. Hahahahhahahaha. Tapi tu semua sementara je sebab lepas dah sambung belajar ni memang dah tade masa nak lepask sekali. Aku rindu diorang and aku harap ikatan persahabatan ni sampailah ke Syurga Insha Allah...





   Okay. Ni dekat Major Baber Shop kalau korang nak tahu. Bbarber ni memang tengah famous sekarang ni. Banyak cawangan dah barber ni bukak. Dua daripada member aku kerja dekat sini selepas diorang habis buat kursus selama 6 bulan dan kini diorang dah dapat kerja dekat barber ni. Barber ni tempat diorang baru mula kerja and sekarang salah sorang dah pindah pergi ke barber dekat Kuala Lumpur. Kitorang masih lagi keep in touch walaupun berjauhan. Walaupun hanya kerja sebagai barber, tapi kerja yang diorang buat ni halal dan diorang nak bantu keluarga diorang... That's all.... SEKIAN....

Comments

Popular Posts