Jalan Hidup Aku 2



   Yang ni member kelas aku waktu tingkatan 5. Yang dekat tengah tu guru kelas aku dan waktu ni minggu terakhir kitorang masuk kelas sebelum SPM. Tak semua yang ada dalam gambar ni sebab ada sebahagaian yang lain lepak dekat kelas member diorang. Ni saat paling sedih bila nak tinggalkan kelas dan cikgu kelas yang dah ajar kitorang daripada tak tahu apa-apa sampailah berilmu sekarang ni. Aku hargai sangat sebab cikgu-cikgu yang ajar kitorang ni tak pernah putus asa nak mengajar walaupun kitorang ni degil and tak dengar cakap. Tapi sebagai seorang guru adalah tanggungjawab diorang untuk mengajar kita menjadi orang yang berguna untuk negara pada masa yang akan datang. Kitorang bukanlah amik aliran Sains Tulent, Bio dan lain-lain tu. Kitorang ni amik Seni dengan Perniagaan je and yang perempuan amik Sains Rumah Tangga. Alhamdulillah semua budak aku lulus dengan cemerlang and dah sambung belajar dekat tempat yang bagus-bagus.





   Yang ni adalah hari terakhir belum SPM. Masa ni lah masing-masing acah sedih and nangis semua sebab dah habis kelas and takkan dapat belajar sama-sama lagi macam dulu-dulu. Walaupun terpaksa berpisah tapi kitorang tetap banggan dengan satu sama lain dah telah berjanji bahawa kitorang akan berjumpa satu hari nanti dalam keadaan masing-masing dah kerja yang bagus dan kalau yang ada rezeki awal tu dah kahwin. Hahahaahhaa. Saja nak bagitahu yang pakai baju kuning tu pengawas kitorang. And mostly dalam gambar ni semua yang pandai-pandai termasuk lah aku. Hahahahahaha. Takde apa yang dapat pisahkan kitorang ni sebagai sahabat sekolah dan Insha Allah sampai ke Jannah.





   Yang ni lah hari sebenarnya yang paling sedih sebab kitorang dah habis paper yang terakhir and akan tinggalkan masing-masing. Memang nampak gembira tapi dalam hati ni hanya tuhan yang tahu. Sedih sangat tapi nak buat macam manakan, life must go on. Lepas je pagar sekolah semua balik naik parents masing-masing dan ada yang naik motor. Aku pulak balik jalan kaki je sebab rumah aku teramatlah dekat dengan sekolah aku ni. Semua member aku ajak tumpang tapi aku tolak sebab haritu adalah hari terakhir aku akan jalan kaki balik sekolah dan sampai sekarang ni aku rindu nak jalan kaki. Hahahahahaha. Tapi walaupun hari terakhir aku jalan kaki aku tetap ingat laluan yang aku lalu masa nak pergi sekolah dengan balik sekolah. Jalan tu banyak kenangan walaupun hanya sebuah laluan. Tulah jalan terakhir aku lalu dan sampai sekarang ni aku tak dapat peluang nak jalan kat jalan tu lagi.





   Nilah aku lepas habis sekolah. Belakang aku tu hospital. Aku lawat akak sedare aku bersalin and ramai yang ada masa ni. Waktu ni aku takde buat apap-apa tapi dalam masa yang sama aku aku duk pikir apa kerja yang aku nak buat ni. Takkan la aku nak bergantung dekat duit bapak aku yang dah banyak habiskan kat aku ni. Aku pun dah rasa malu nak mintak duit kat orang tua aku. Malunya sebab aku dah besar tapi masih bergantung dekat duit mak bapak. Tak lama tu aku dapat kerja iaitu kerja dengan member aku. Kitorang cuma meniaga kecil-kecilan je. Kiotrang niaga nasi lemak mamabau. Kalau korang nak tahu nasi lemak mambau ni famous sekitar kawasan seremban ni and even orang Negeri Sembilan mesti tahu. Alang- alang aku dah cakap pasal nasi lemak mambau ni je,putlah datang ye dekat mambau. Pandai-pandai la guna waze nak cari. Hahahahahahahaha. Tu je and SEKIAN.....

Comments

Popular Posts