Latar belakang ketenteraan Sultan Johorđź‘‘


Para hadirin sekalian, sila duduk dan jangan lari...

Selepas menjalani latihan ketenteraan darat di Kota Tinggi Tuanku mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan untuk pegawai muda di Fort Benning, Georgia USA. Selain dari itu Tuanku juga menjalani latihan ‘airborne‘ dan ‘ranger‘ untuk pegawai infantri. Selepas berehat dua bulan, Tuanku meneruskan latihan ‘American Special Forces‘ dan ‘Pathfinder’ dimana Tuanku telah membuat 19 terjunan payung terjun, lapan darinya pada waktu malam. Tuanku dipilih dan ditauliahkan sayap dan dijadikan sebagai seorang komando. Tuanku juga ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL (tentera laut dan darat). Selain itu Tuanku melakukan beberapa penerjunan di Bandung Indonesia sebelum ditauliahkan sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS) Indonesia.


Sekembalinya ke Johor, Tuanku dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri. Dalam masa yang sama Tuanku menjalani latihan juruterbang helikopter dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia. Dengan kecekapan yang ditunjukkan Tuanku dibenarkan mengendalikan penerbangan helikopter perseorangan. Dengan kesungguhan dan ketabahan, Tuanku berjaya lulus satu kursus lebih awal dari peserta lain. Tuanku dikurniakan dan menerima sayap pada 26 April 1982 dari Sultan Iskandar dalam satu upacara perbarisan dalam mana Tuanku menjadi ketuanya.


Tuanku juga menyertai selama tiga bulan latihan tentera laut di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Lumut, sekaligus melengkapkan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara.




Bagi mengimbangi latihan ketenteraan dan untuk menjadikan Raja yang berwibawa dan dihormati, Tuanku meneruskan pelajaran di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts USA. Tuanku menyertai dan melengkapi dua kursus, ‘Southeast Asian Strategic Studies’ dan ‘International Laws of the Seas’.
Tuanku berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di antara lain di Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian untuk mempelajari selok belok pengurusan dan pentadbiran negeri.

'ALLAH PELIHARAKAN SULTAN'


Comments

Popular Posts