Bola Sepak ke Futsal ?

Assalamualaikum and good afternoon gang ! Kalini aku nak buat short article je aku just nak bagitahu pasal bola sepak dan futsal. Sekarang ni futsal bukan lagi satu sukan yang asing dekat mata dunia sebab sekarang pon dah ada World Cup untuk Futsal. Kalau dulu bola sepak je orang pandang tapi sekarang dua-dua orang pandang. Mana lagi best ? Bagi aku ofcourse lah futsal boss !


Okay futsal ni guna gelanggang yang lagi kecil berbanding bola sepak. So, mesti ramai yang anggap futsal lagi senang dari bola sepak en? Tapi dia sebenarnya depends atas individu tu sendiri. Bagi yang suka main bola memang dia akan rasa bola lagi senang lah, bagi yang suka futsal dia akan cakap futsal lagi senang. Bagi aku, disebabkan futsal gunakan court yang lagi kecil, so players kena mahir untuk control ball and buat keputusan. Sebab futsal ni kau tak boleh nak buat macam bola sepak kau hold bola lama-lama then dribble banyak. Futsal ni kalau kau buat macam tu memang senang kena rampas dengan opponent. So , kau kena cepat buat decision sama ada kau nak short pass , one touch or tap terus. Kalau bola pulak, kau boleh tolak bola jauh sikit and just gunakan kelajuan kau untuk kejar bola tapi control ball kena mantap jugaklah.


contoh court futsal


contoh padang bola


Okay next bagi aku gameplay futsal lagi laju berbanding bola sepak. Sebab court kecil, so nak buat gameplay bola memang tak dapatlah. Futsal main 5 sebelah and bola pulak main 11 sebelah. And bagi aku sendiri, disebabkan gameplay futsal laju , so futsal lagi banyak guna stamina berbanding bola. Bola sepak ad position sendiri for every players, tapi futsal ni ikot taktikal daripada coach. Sebab kekadang kena rotate lah, kadang-kadang main "Y" lah kadang-kadang main diamond lah. So, player punya position tak fix kecuali keeper. Jadi, futsal lagi penat lah berbanding bola sepak


Ni antara taktikal futsal. Serabut sikit en ? 


Next bagi aku sendiri futsal lagi banyak guna teamwork berbanding bola sepak. Bola sepak ni memang kena ada teamwork jugak tapi bergantung jugak dekat individual skills players. Sebab bola sepak ni padang besar so kalau korang main short pass macam futsal memang barai wo. Bola sepak ni kena stabil short pass and long pass. Tapi, futsal short pass and fast pass tu adalah benda penting sebab kita nak corakkan game. Kalau futsal korang buat long pass je memang bosanlah dengan court kecil macam tu.

Last sekali bagi aku futsal kurang menggunakan individual skills berbanding bola sepak. Sebab futsal ni kalau kau pandai basic things pon dah cukup. Contohnya, kau pandai pass, shoot and run. Ni dah cukup. Sebab ada team yang main one or two touch then set untuk member then shoot to goal. And kebanyakkan team futsal memang main macam tu. Pandai cari ruang tu satu bonus lah sebab boleh main far post pesemua. Tapi kalau bola kita kena ada skills, run, pass, long pass, shoot and header. Kalau long pass and skills takde payah sikitla sebab memenatkan teammate je.


Aku dengan classmate aku sempena ALAM SPORT MONTH
Kitorang menang 2-1 and aku main Defensive Midfielder


Okaylah tu je aku nak share dengan korang semua between futsal and bola sepak. Tak kisah pon korang nak main memana or sukan lain, asalkan bersukan. Bagi sihat sikit badan kita ni. Badan Cergas Otak Cerdas. Thank you!

Comments

Popular Posts