Terdirinya Islam atas 5 perkara
Evening guys, aku ada lagi dua artikel untuk settlekan assignment aku ni. And aku nak habiskan lagi dua artikel aku ni dengan berkongsi ilmu kepada pembaca. Aku harap bermanfaat untuk semua lah.
So, topik aku kalini adalah terdirinya Islam atas 5 perkara. Secara dasarnya, tajuk ni menerangkan atas dasar apakah menentukan keislaman seseorang. So, ada 5 perkara asas dalam kehidupan sebagai muslim yang juga disebut dalam hadis Nabi S.A.W.
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda : Terdirinya Islam atas 5 perkara iaitu : Mengucap dua kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, Menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi orang yang berkemampuan [HR Bukhari dan Muslim]. So, jika kita lihat 5 perkara ini adalah rukun Islam
Berdasarkan hadis tersebut, dapat kita fahami bahawa terdapat 5 perkara asas yang membentuk Islam. Islam ini diibaratkan seperti sebuah bangunan yang disokong kuat oleh 5 tiang yang kukuh. Jika, kurang 1 tiang maka rapuh lah bangunan tu.
Jom kita tengok satu per satu.
1. Mengucap dua kalimah syahadah
Mengucap syahadah merupakan pengakuan kita terhadap keesaan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila seseorang mengucap kalimah syahadah, maka wajiblah ke atas dia untuk laksanakan perintah Allah. Malah ucapan kalimah syahadah juga menunjukkan bahawa kita beriman kepada Allah sebagai tuhan yang Maha Esa. Kita sebagai umat Islam wajib yakin dan berpegang teguh dengan kalimah syahadah bagi menguatkan lagi keimanan kita
2. Solat 5 waktu sehari semalam
Solat merupakan Ibadah utama dan ibadah wajib bagi seseorang muslim. Malah, solat juga adalah tiang agama. Solat 5 waktu ini telah dikurangkan daripada jumlah asalnya iaitu 50 waktu atas usaha Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan Allah sewaktu peristiwa israk mikraj agar mengurangkan jumlah solat waktu sehari semalam untuk umat baginda sendiri. Jadi, sebagai muslim yang sejati kita sewajarnya menunaikan solat sebagai tanda kita mengabdikan diri kepada Allah .Tidaklah diciptakan manusia dan jin kecuali untuk menyembah Allah
3. Puasa di bulan Ramadhan
Puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang telah difardhukan oleh Allah kepada umat manusia. Sepanjang setahun kita wajib berpuasa selama 30 hari pada bulan Ramadhan. Puasa bermula terbit fajar sehingga terbenam fajar. Tujuan ibadah puasa ini difardhukan bukanlah untuk menyusahkan manusia untuk berlapar namun untuk menguatkan diri untuk mengawal nafsu makan serta melatih diri untuk menjadi lebih bersabar. Jadi, sebagai umat Islam , kesabaran dan kekuatan jati diri yang tinggi amatlah baik .
4. Menunaikan zakat
Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah ialah zakat yang wajib dibayar apabila tiba bulan Ramadhan bermula awal Ramadhan sehingga sebelum 1 Syawal. Zakat harta pula ialah zakat yang wajib dibayar apabila harta itu mencapai kadar dan tempoh yang telah ditetapkan oleh syarak. Kita sebagai umat Islam wajib membayar zakat bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.
5. Menunaikan haji bagi orang yang berkemampuan
Menunaikan haji adalah ibadah di mana kita mengunjungi rumah Allah iaitu kaabah dengan niat ibadah. Namun, menunaikan haji ini hanyalah ditetapkan bagi orang yang mampu. Terdapat beberapa faktor yang dimaksudkan dengan mampu iaitu perbelanjaan, kenderaan, aman dari penyakit dan musuh, sihat tubuh badan dan berkesempatan menunaikan haji.

Kesimpulannya, lima asas inilah yang membentuk keislaman seseorang. Kita mestilah menjadi seorang muslim yang patuh taat dan menyembah Allah yang Maha Esa bukan yang tunduk kepada manusia atas sebab jawatan dan harta. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua
moga moga bermanfaat. tak sempat baca sebab tengok perkataan dah penat hehehe. bed time story boleh kan ?
ReplyDeletetakpe, yang bab agama memang kurang viewer hahahahahahaha
Delete