TIPS STUDY PART 1
So guys harini aku sambung untuk entry kelima. Cuma kalini aku nak share sikit tips untuk study. Cara ni aku guna time aku STPM. So, before aku masuk ALAM ni aku sambung STPM dulu . Kiranya berliku jugaklah jalan aku before sampai ALAM ni. Lepas SPM aku masuk matrik dulu sebulan pastu aku keluar masuk form6 pulak dekat SMKA SHAMS SEREMBAN. Fuh takleh carry boh matrik. Takpe tu jadi sejarah hidup aku ja. So, izinkan aku mula sampaikan tips ni. Moga berguna untuk semua pembaca blog ni.
1. Jaga hubungan baik dengan mak ayah dan keluarga
Hubungan dengan mak ayah amat penting kerana berkat mak ayah akan memudahkan lagi urusan hidup kita. Redha Allah pada redha ibu bapa, malah tanpa ibu bapa kita tiada apa². Hubungan dengan adik beradik juga sangat penting sebab kita hidup 24/7 dengan mereka dan mereka lah paling memahami keadaan kita
2. Waqiah selepas maghrib
Okay yang ni ustaz aku dari sekolah lama saya iaitu SEK MEN IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA yang share dengan aku and student lain. Ustaz aku kata waqiah lepas maghrib ni memperluaskan rezeki seseorang. So, waqiah lepas maghrib jangan tinggal and percaya dengan rezeki Allah
3. Hubungan baik dengan guru
As teenager, nakal tu satu benda yang biasa and manusia juga sering melakukan kesilapan, tapi apabila kita membuat silap terhadap guru² kita kena berusaha balik untuk ambil hati guru kita. Guru kita yang menyampaikan ilmu kepada kita jadi siapakah kita untuk mengatasi guru² kita
4. Belajar dengan menggunakan kualiti masa bukan kuantiti masa
Yang ni, kita as student tk perlu study hard tapi kena study smart. Yang ni parents perlu nasihat pada anak² insha Allah berguna. Apa guna kita study 2 jam tapi sambil makan, sambil bermain, sambil gurau. Lebih baik kita guna kan 1 jam tapi dengan betul² fokus. Kita tutup handphone dulu or apa² gangguan, then study betul²
Comments
Post a Comment