Punca2 masalah pengangguran


Pada era globalisasi masa kini, masalah berkaitan pengangguran di kalangan graduan semakin berleluasa. Amboi ayat... Pada pendapat saya ada beberapa faktor yg mendorong kpd berlakunya permasalahan ni.


Ok, pada pendapat saya...first skali sebab tersalah pilih course masa nak sambung belajar tu. Zaman sekarang ni kita kena utamakan pasal market kerja berbanding minat atau standart pekerjaan tu. Apa guna kita belajar penat2 benda yg kita minat tapi sudahnya peluang pekerjaan dlm bidang tu dah x banyak lagi. Pastu, ada jugak yg mengejar course yg 'popular' mcm engineer/doktor. Hasilnya, peluang pekerjaan yg diperlukan dlm industri x dapat nak tampung lambakan graduan yg keluar.


Seterusnya, ekonomi negara jugak main peranan yg sgt penting. Apabila ekonomi negara stabil, pertumbuhan ekonomi akan menjadi pesat. Kesannya, banyak projek baru yg akan dibangunkan dan memerlukan tenaga pakar dan tenaga buruh dari dalam negara. Ini akan menghasilkan bnyk peluang pekerjaan baru bagi graduan lepasan universiti dan rakyat kita. Sebagai contoh, projek HSR KL-Singapore mampu hasilkan lebih drpd 70 000 peluang pekerjaan buat rakyat malaysia...last2 batal. Hurm... Oleh itu, kerajaan perlu berusaha dgn lebih keras untuk mewujudkan projek2 baharu untuk kebaikan rakyat dan ekonomi negara.


Selain itu, masalah gaji jugak antara penyebab utama graduan taknak bekerja. Setelah bertahun2 habiskan masa,duit,tenaga belajar...last2 kerja gaji ciput. Bukan masalah memilih kerja atau pemalas. Tapi tak berbaloi dgn kerja yg dibuat pastu mcm mana nak survive dgn kos sara hidup yg dah naik melambung2 sekarang ni. Gaji cukup2 makan je...guna buat makan, duit minyak, tambang parking, tol dah habis. X dapat nak menyimpan, baik xyah keje ye dok? Harap2 pihak kerajaan dpt menolak pihak majikan supaya fikirkan balik masalah berkaitan gaji pekerja ni.


Akhir sekali drpd saya buat pihak kerajaan...kurangkanlah berpolitik. Kerana kepuasan mereka berpolitik, rakyat menjadi mangsa. Tingkatkan usaha dalam meningkatkan ekonomi negara, drpd sibuk memberi alasan dan bercakaran sesama sendiri. Lu pikir la sendiri!
Sekian.

Comments

Popular Posts