Holiday Bossque



   Selepas beberapa minggu aku start kerja and dah lama tak gi cuti ngan family, bapak aku pun amik lah cuti untuk bawak kitorang gi bercuti. Tak jauh mana pun, kitorang gi Langkawi je. Masa ni aku dah sampai dekat Langkawi. Tapi, beberapa jam sebelum kitorang nak gi KLIA untuk naik flight, keluarga aku dekejutkan oleh berita dimana pak cik aku yang aku panggil Pak Man telah meninggal dunia sebelum aku nak naik kereta kawan ayah aku nak gi KLIA. Sangat sedih sebab aku mengaharpkan percutian aku ni lebih gembira sebab dapat luangkan masa dengan family. Tapi apakan daya, kuasa Allah tu maha besar. Mak aku sempat melawat Pak Man aku tu. Dia pergi sorang je, mak cik aku yang amik. Tapi mak aku dapat tengok dia sekejap je sebab masa time kitorang memang kena rushing nak pergi KLIA. Kalau tak kitorang ketinggalan flight pulakkan. Walaupun terpaksa menerima berita yang sedih ni, tapi kitorang terpaksa teruskan perjalanan ini.





   So sampailah kat hotel. Lepas sampai tu kitorang tak banyak masa sangat nak berjalan sebab waktu pun dah malam. Jadi bapak kitorang bawak kitorang makan malam dekat luar. Memang seronok sebab aku dapat rasakan kasih sayang yang dicurahkan oleh kedua ibu bapa aku. Aku memang menikmati malam tu sebab malam tu adalah malam yang bersejarah sebab keluarga aku bersatu. Sebelum ni keluarga aku tak lengkap sebab abang aku duduk asrama. Jadi bila dapat peluang makan sama-sama malam tu memang enjoy. Lepas balik makan tu kitorang rehat dan terus tidur.





   Ni aku sempat amik gambar matahari terbenam. Memang cantik. Tak semua tempat dapat tengok matahari terbenam ni. Yang dalam gambar tu lah abang aku. Umur dia atas aku 2 tahun. Sementara nak tunggu matahari tu terbenam aku dengan abang aku ni habiskan masa kitorang dengan berborak. Kitorang kongsi cerita tentang hidup masing-masing. Maklumlah, abang aku duduk asrama, aku pulak sekolah menengah biasa je. Dan kitorang berborak sampai lah waktu malam. Sampaikan mak aku call aku sebab dia ingat aku tak jumpa jalan balik hotel. Hahahahahaha....





   Sebab aku terlampau bosan sampai tak boleh nak tidur malam tu, aku penuhkan lah storage phone aku ni dengan bergambau. Hahahahaahaha. Taklah hensem tapi nampak hensem pun adakan. Waktu ni pun abang aku belum tidur lagi. Aku dengan dia sambung lepak kat luar bilik sambil makan makanan yang ringan-ringan dan berasap lui. Tak lama lepastu dalam lebih kurang pukul 3 pagi macamtu aku dengan abang aku masuk balik bilik sebab kitorang dah ngantuk. BERSAMBUNG...........

Comments

Popular Posts