Cara fokus dalam belajar
Assalamualaikum geng, harini aku nak bagi tips untuk fokus dalam belajar, insyaallah dengan tips nih kita dapat berjaya dan lebih fokus dalam pembelajaran di masa akan datang dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian yang kita duduki.
Nak berjaya memang tak mudah. Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu. Tapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.
1. Cari tempat belajar yang sesuai.
- Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.
Contoh tempat belajar yang sesuai ialah di Perpustakaan dan boleh juga tempat yang tenang tanpa sebarang gangguan supaya pembelajaran itu dapat lebih tertumpu 100%.
2. Cari teman belajar
- Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.
Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!
Contohnya, Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.
3. Take 5
- Belajar dalam jangka masa yang panjang juga dapat memberi stress kepada otak kita dan membuatkan apa yang kita belajar tidak masuk dalam otak kita. Contohnya, Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.
Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.
4. Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.
- Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.
Sekian sahaja daripada saya, saya mendoakan semua dapat berjaya dalam apa jua cabaran dalam hidup ini dan dapat membanggakan orang yang tersayang iaitu keluarga kita.
Comments
Post a Comment