Life as a student - part 2

Assalamualaikum gang sekalian. Haji Vuppy kembali untuk artikel seterusnya petang ni. Kena settle awal artikel ni sebab 5.30 kang nak buat cheesekut. Nafsu makan dah membuak. Okay artikel ni aku just nak sambung la beberapa lagi benda yang paling dekat dengan student or benda penting yang student kena ada. Jom kita sambung then aku nak buat cheesekut

1. Pen and pensil
Okaylah ni basic yang student kena ada. Even basic kita takleh pandang remeh or ambik ringan benda ni. Kita as student sepatutnya bawa pen or pensil mana-mana kita pergi. Kadang-kadang ada benda penting kita kena tulis even sekarang zaman teknologi en, sbab ada lecturer or teacher yang tak bagi students guna phone, so kena tulis guna pen and pensil. Then pen kalau kau takde menggulupur lah dalam dewan exam nak pinjam member pesemua. So setiap student kena ada pen yang cukup and pen yang elok. Ni ada student yang simpan je pen dh tak elok dalam pencil case. ayolah, buang je takyah simpan.


Ha ni contoh pen and pensil yang banyak hhahahaahah


2. Pembaris dan pemadam
Next , semua student kena ada pembaris and oemadam. Ni takyah bawa mana-mana kau pergi. Just letak dalam pencil box. Sebab sekarang ni even kau study bahasa melayu pon kena guna pembaris sebab kena buat kotak or jadual bagai. And sesetengah lecturer memang pantang kalau students buat line tk guna pembaris. Jadi comot homework tu nanti. Kena biasakan diri guna pembaris. Pembaris yang okay biasanya yang pembaris lutsinar tu. Alah dekat kedai  baru 50 sen je. Lagipon pembaris tu boleh lengkung kan sikit. Then pemadam senang kau nak padam apa silap kau buat bila guna pensil. Alah kecik-kecik dulu boleh ada melambak pemadam siap lawan pemadam lagi. Sekarang takkan tak boleh.


Ni ha contoh pembaris standard tu


3. Jangka lukis
Jangka lukis ni biasanya budak yang belajar pure science kena ada. Sebab ada lukis guna jangka lukis ni. Macam aku memang kena ada benda ni. Wajib ada sebab banyak kena lukis guna benda ni. So, benda ni sedap guna yang jual kt Popular tu yang RM4.50 tu. Murah je and senang guna. Jangka lukis ni beli satu set terus senang ad jangka sudut sekali.


Ni yang best punya, murah je benda ni.

4. Kalkulator
Okay last sekali kena ada kalkulator lah as student. Even kau baru form1 sekalipon, kalkulator mesti ada kecuali kalau kau memang otak Mathematic punya. Kalau setakat 2+2 tu boleh la kira guna otak. Tapi ni kalau dah ada kuasa besar-besar ni macam 13 ^ 25 memang takde sapa boleh kira guna otak kecuali yang memang ada kelebihan tu. So kalkulator ni akan memudahkan kita untuk kira apa-apa. Kalkulator beli yang standard pon okay. CASIO FX570 tu



Ni ha. kalau kat kedai dalam RM55 je

Settle la perkongsian aku pasal benda penting as a student. Aku cuma nak pesan kita as student ni nak taknak kena ikot apa yang ditetapkan and belajar untuk benda yang lebih baik. Alah malas sikit-sikit takpe tapi jangan malas terus pulak. Thank you gang haji

Comments

Popular Posts