pengenalan Lightroom

semekom n salam sejahtera mokali. ok kalini pula aku nak introduce kat korang pasal app editing paling mantap iaitu "lightroom adope photoshop". lightroom ni kalau korang mula mula tengok, rasa cam susah sebab dalam tu banyak cabang cabang dia so korang pun akan malasss and minta tolong aku editkan hahahahahah tak sebenarnya lightroom ni mudah je.

first korang kena la install lightroom dulu kat phone korang


haa yang macam dalam gambar tuu, tu la lightroom.

okk first thing first korang pilih la dulu gambar apa korang nak edit, astu korang bole tengok kat belah bawah gambar korang tu ada bahagian bahagian untuk edit gambar korang tu jadi lebih mantapp!! *sila lihat gambar di bawah


haaa kan ade tu light , color , effect n detail.
so korang memang akan guna 4 tu jee untuk edit gambar.

meh aku terangkan dengan cara paling simple.

     
okay ni bahagian light. kat light ni , korang boleh ubah kecerahan kat gambar korang. kalau gambar gelap sangat, kita boleh kasi jadi cerah n kalau gambar cerah sangat , boleh gelapkan sikit. pastu kalau korang cam nak cerahkan background je pun boleh , kat curve tuu. korang bole settingkan cerah kat gambar korang tu sampai korang puas hati. nak edit cantik cantik kena la mula dengan light duluu brooo.



ok kita masuk bahagian color. color ni best sebab korang boleh ubah warna persekitaran korang jadi colour yang lebih menarik(teruk betul ayat aku hahaha) . korang bole pilih nak pekatkan warna hijau ke biru ke , even warna kulit korang kalau korang rasa cam tak ngam pun boleh ubah juga! bukan tu jee, skarang ni ramai yang minat gambar background black & white kan, haa kat sini la, korang boleh matikan colour colour kat background korang tu jadi hitam putih. SETTLE!! korang tengok gambar bawah ni kan ade colour kuning, oren, biru, aqua, merah, hijau , purple tuu kann haa korang edit kat situ laa.
.
.


ok bahagian effect pula. kat effect ni korang boleh adjust kalau nak pekatkan gambar ke, nak sharpkan lagi gambar untuk nampakkan gambar korang tu lebih real macam gambar photographer amik.

so basically ini lah serba sedikit pengenalan tentang lightroom. ada apa apa pertanyaan boleh direct message aku kat ig @a.bukhari.__


Comments

Popular Posts