BUDU SEDAP ! GOMO KELATE GOMO

Assalamualaikum selamat tngahari kawan-kawan sekalian especially Gang Golf Mantap and viewer-viewer entry kawe ni deh. Ambo ni asal Kelate jadi harini ambo nok kecek sikit pasal makane tradisional kawase ambo lah. Before tu biar aku cakap KL jelah senang takot nanti anda semua tak faham. Harini aku nak cerita sikit pasal makanan tradisional negeri kesayangan aku ni iaitu Budu !

Aku tahu kebiasaannya orang luar iaitu selain orang Kelantan kurang suka dengan budu ni. Aku pon tak tahu kenapa. Tapi maybe sebab bau dia and rasa dia . Bagi kami orang Kelantan, Budu ni sebagai pelengkap juadah lah. Kalau takde rasa tak lengkap je.


Ho nilah budu nya

Budu? Apa tu? Sebenarnya deh, budu ni ialah pekasam je sebenarnya. Kalau negeri lain panggil pekasam tapi kitorang panggil budu. Macam Melaka pula panggil cencaluk atau belacan. Budu ni kebiasaannya ada dekat negeri pantai timur asalnya. Kalau korang tengok kat negeri lain ada jual , tu mesti ambil dari pantai timur ataupon yang tukang buat tu orang pantai timur.  Budu ni biasanya dekat Kelantan, Terengganu and Selatan Thailand atau area dekat dengan Kelantan ni lah.


Ni biasanya orang jual budu dalam botol ni or besar sikit. Kat negeri lain pon ada.

Budu ni sebenarnya ikan bilis yang diperam sampai hancur. Maksudnya ikan bilis tu kita simpan lama-lama sampai hancur lah. Lagi lama peram lagi sedap be. Jadi bau dia tu anda semua kena faham-faham jelah huhuhu. Budu ni kalau orang Kelantan dia makan gitu jah dengan nasi atau pon makan kosong. Tapi sesetengah tempat ada yang makan budu dengan lada or mempelam sebab  nak bagi rasa sikit. Ha air limau nipis yang diperah pon buleh jugok deh ! Kalau nak sedap, makan budu cicah dengan ulam. Memang naik lah rasa budu tu.

Ho ikan bilis yang diperam

Last aku nak share kekurangan budu ni lah. Kekurangan ni biasanya orang luar yang nampak sebab jarang makan kan. Macam orang Kelantan kalau pergi Negeri Sembilan bila makan masak lemak cili padi rasa pedas sebab orang Kelantan biasanya makan manis-manis. Jadi sebenarnya bukanlah kekurangan pon just rasa budu ni pada mata orang luar gitu.

Budu ni rasa dia agak hanyir. Kenapa hanyir ? Sebab ikan bilis yang diperam tadi lah. Bila peram lama sangat, bau pon naik lah. Asid dalam budu ni pon banyok sebabtu sapa yang ada gaut ke darah tinggi ke toksey makan lah. Nanti buat penyakit jah.

Okaylah tu jah kawe nok share pasa budu ni. Kalu kawe-kawe semuo nok rasa budu , mari lah Kelate.


Comments

Popular Posts