Music is love

Salam gais. Untuk entry aku yang kedua ni aku nak cerita pasal minat aku sejak dari kecik lagi. GITAR!!!!
Ni gambar waktu aku perform masa dinner college 2017. shinshot IG jerp.

So macam mana aku start minat gitar ni lepas aku tengok sorang guitarist dari satu band metal ni. Brian Elwin Haner Jr. a.k.a. Synyster Gates dari band Avenged Sevenfold. Band metal dari California, USA. Jari si Synyster Gates ni sumpah lincah habis kaw kaw. Oh dengan Bunkface jugak. Lagi2 zaman album Phobia Phoney diorang
Belah kiri tu Synyster Gates



So, sekarang ni aku nak cerita sikit gitar-gitar yang pernah datang dan pergi takpun yang pernah ada dalam hidup aku. First gitar aku dapat hadiah dari akak aku masa form 2. Haah form 2 sebab masa kecik dulu minat tu minat tapi ayah aku kata fokus UPSR dulu sebab tu la first punya pembawa nasib masa depan kita en. Sebelum ada gitar first aku, aku pinjam-pinjam gitar member aku dulu. Gitar first tu sumpah nice gila dekat mata aku. harga dalam RM280 gitu tak silap aku. Nangis seh aku. Sejak dapat gitar tu, aku mula ambil serious pasal main gitar ni.
Aku ada gambar dia dah pecah je
Tapi aku nak bagitahu, gitar ni dah pecah hancur lebur-lebai dah. Ni semua sebab aku ada alami depression waktu tu. Kesian beb dia jadi mangsa. Tapi bagi aku gitar ni paling banyak kenangan sebab semua basic pasal main gitar semua kat gitar ni.

Ok next aku dapat gitar-gitar lain  seperti yang tertera kat bawah...

Ni aku punya starter pack. lepas akustik aku beli bass merah tu. Lepastu satu gitar ni. Lepastu gitar biru tu dengan merah yang ada kat bawah
Ok gais ni gitar second aku ataupun orang panggil bass. Model Fender Precision Standard. Bila aku first join band aku lagi function main bass dari gitar. Lagipun aku rasa aku pun lagi suka main bass dari gitar. Tapi malangnya nasib dia sama macam gitar akustik aku yang first tu. Depression sucks. Aku hilang dua gitar sebab ni njir. Tapi takpela, yang berlalu biar berlalu kan gais.

Ok gais. Dekat atas aku ada cerita pasal idola gitaris aku. Nak bagitahu ni yang aku terlalu fanatik sangat pasal mamat tu sampai aku sanggup habiskan sebahagian duit untuk beli Signature Guitar. Model ni dipanggil Schecter Synyster Custom White-Gold Hail To The King Edition. Sumpah, gitar ni paling sedap aku pernah pakai. Harga dia RM4300. Tapi takdir kitorang untuk berjumpa seketika sahaja. Disebabkan ada accident sikit. Budak sekolah aku main-main macam b***h dia jatuhkan gitar ni then body dalam dia retak. Yang mana tension string guitar dah tak boleh nak stable. Tension2 tu sebab guitar ni pakai system Floyd Rose so nak handle string dengan dpring dekat dalam dia payah sikit. So selepas 6 bulan aku terpaksa jual balik. Nasib baik ada collector tu sanggup beli. Harga pun aku dapat untung hahahaha.

Lepastu dengan duit yang aku jual gitar Synyster aku tu aku buat beli dua gitar elektrik ni. Schecter Damien merah dengan Les Paul biru. Biru tu selalu aku main untuk tuning normal macam lagu2 Bunkface, Lagu2 melayu gitu la & merah tu selalu untuk drop tuning kalau2 nak main lagu2 heavy macam lagu2 Killswitch Engage ke, Breaking Benjamin ke ha gitu2


Dan last skali aku beli gitar akustik untuk gantikan yang first tu. setelah 2 tahun tak pegang, akhirnya dapat pengganti. sumpah lawa. saiz kecik sikit tapi fretboard dia paling mantap. Nak kira ni gitar second paling mahal yang pernah aku beli lepas gitar Synyster tu.



Untuk penutup aku nak citer gitar target aku lepasni. Ni sumpah gitar idaman. Ernie Ball Musicman Majesty John Pertrucci Signature. So ni guitar gitaris John ni yang asal dari band Dream Theater. Gitar ni aku dah jumpa kat Bentley Bukit Bintang. Cuma tunggu kerja je sebab ni sumpah aku tak mampu. Harga dia aku usha RM5000. Plus tunggu aku boleh shred dulu. Gitar mahal2 tak master tak boleh jugak kan?

So tu je gais untuk entry ni. Just nak bagitahu. Bab2 minat ni kalau dah minat, kau bagi je effort kau habis-habisan. Sebab hidup ni skali & Anggaplah benda ni sebagai satu cara untuk kau hiburkan diri kau. Kalau aku, future career aku dah takde kena mengena dengan muzik ni. Tapi at least, Aku nak jugak layan sebab ni salah satu untuk aku motivate diri takpun pakai untuk hilang2kan stress. Kadang2 minat ni kita boleh jadikan sebagai kerjaya. Tapi bukan aku la. So, don't give up on your dream ya rakan2.
Ada insan punya kata-kata,
Pandai bertutur dan berbicara,
Untuk kita yang sukar berjenaka,
Muzik dan Seni alternatif yang ada
.

Comments

Popular Posts