DNS 26 Golf Mantap (VOL 3)
Hai assalamualaikum dan salam sejahtera gais. Macam yang aku janjikan sebelum ni dalam Part 2,kita akan ada sambungan sesi perkenalan classmates aku ni iaitu Part 3. So entry kalini aku nak perkenalkan kat korang lagi 7 orang classmates aku ni. Jangan risau takkan ada sesiapa pun yang tertinggal ya
So harini kita mulakan pulak dengan dia ni. Nama dia ialah Muhammad Hafiz atau nama panggilan yang paling manja adalah piswek. Tapi kalau nak lagi manja dengan dia,panggil je wek. Produk TiKL paling berjaya sepanjang tarikh TiKL dibuka dengan 2 orang lagi hahahaha. Sekarang tinggal di Rawang. Nak tau lebih lagi pasal dia ni boleh tengok ig dia @hafizwek tapi jangan lebih lebih kalau tak nanti garing ! hati hati dengan dia ni
Next kita perkenalkan deskmate piswek iaitu Aiman Zubair. Biasanya orang panggil Jubir. Katanya Jubir ni kuat tingtong tapi aku pun tak tau. yang aku tau dia tidur jela selalu hahaha. Tinggal kat Masjid Tanah. nak kenal kenal dengan jubir boleh la usha @aiman_zubair_
Then nama dia ni Muhammad Fawwaz. Panggil dia Paweh je lebih mudah. Awal awal aku ingat dia mada induction dia gemuk sikit. sekarang aku tak tau la apa dia buat sampai tak gemuk sangat. tapi still gemuk ya gais ahhaahhajkjk. Stay dekat bandar moden Rembau hahaha. Kalau nak tau banyak lagi pasal dia bolehlah @fawwvzmi
Kemudian deskmate Fawwaz nama dia ialah Muhammad Imran. Nama manja Zayn. Aku tak tau mana dia nak dipanggil Zayn tapi aku rasa macam iras Zayn Malik takpun sebab nama bapak dia Zainal. Duduk Kota Kemuning. Check la dia @imrannnnn_
Next nama dia ialah Muzzammil. Nama pendek dia Mil je senang nak panggil. Bukan darah seafarer yang penting. Duduk Batu Pahat. Alang alang nak promote dia sekali @muzzammil.zulkarnain
Orang ke 21 untuk diperkenalkan ni nama dia ialah Amar Fikri senang nak panggil Amar je. Bekas budak boy ni. Muka garang dan personaliti menakutkan ! Tengok gambar pun dah tau hahahaha. Warganegara Muar. Nah check la dia @amr.fikri
Orang terakhir untuk aku perkenalkan ni rasa berat sikit hahahahajkjk. Nama dia Prtasarathee. Kajian dah dijalankan hasilnya sebanyak 98 daripada 100 orang tak pandai pronounce nama dia so nak senang panggil Boy. Bukan orang semenanjung ni hahaha. Orang perantauan Sarawak ni. Check la mana tau dia pakai ig ke kat sana @boy_prata
So gais alhamdulillah syukur dapat siapkan 3 blog untuk perkenalkan semua classmates aku ni. Macam ramai sangat je nak bust sampai 3 part padehal 22 orang je. Ciou lu and jangan lupa nantikan update aku kemudian okay !
Comments
Post a Comment