PUBG Mobile PART 2

Assalamualaikum semua dan kembali lagi bersama saya dengan topik yang sama iaitu pasal PUBG.Hari ini aku nak cerita pasal 5 senjata kegemaran bagi pemain PUBG.Kalau  korang dah baca pasal 1 senjata tu mungkin aku nak cerita balik pasal senjata tu lagi sebab belum cukup jelas lagi aku terangkan.Okey mari kita mulakan dengan tempat yang kelima...


     5 . AKM
    
-Walaupun AKM ni recoil dia tinggi tapi ia mempunyai damage yang sangat tinggi dalam kalangan Assault Rifle.
-Senjata ini memakai peluru bersaiz 7.62mm dan mampu melenyapkan musuh dalam beberapa saat sahaja.
-AKM sangat effektif dalam serangan 'close combat' dan yang paling penting mudah dijumpai di dalam map.


         4.  M416



-M416 ini adalah senjata yang bergaya dan paling digalakkn untuk digunakan dalam permainan.Ia menjadi senjata utama tak kira di dalam pertandingan mahupun 'classic'
-Ia mempunyai recoil yang rendah apabila dilengkapi dengan attachments yang ckup dan sesuai bagi pemain dan mampu menghasilkan damage yang padu.
-Ia amat stabil dan bagus untuk para pemula.
-Peluru yang digunakan bersaiz 5.56mm.



           3.M24

  


-Senjata ini adalah hampir sama dengan AWM,antara yang terganas di kalangan Sniper Rifle.
-dapat membunuh musuh dengan headshot(bergantung kepada musuh yang memakai helmet level 2).
-Paling menarik tentang M24 ni ialah ia dapat dijumpai dengan mudah di dalam map.
-Memakai peluru yang juga mudah dijumpai iaitu 7.62mm.



            2.AWM



-Satu-satunya sniper yang dapat membunuh musuh yang memakai helmet level 3 dengan headshot.
-AWM mempunyai damage yang paling tinggi di dalam PUBG mobile.
-Untuk mendapatkannya haruslah di dalam 'Airdrop' tetapi ia selalu menjadi perhatian musuh untuk mendapatkannya.
-Ia menggunakan peluru yang khas iaitu 'Chambered Magnum.




         1.GROZA


-Groza adalah senjata yang terbaik jika digunakan dengan betul.(tembak kena).
-Ia mempunyai aura yang tersendiri dan mampu menterbalikkan keadaan daripada kalah kepada Winner Winner Chicken Dinner.
-Ia menggunakan peluru 7.62mm dan boleh didapatkan di dalam airdrops.
-Recoilnya tinggi ketika dalam Auto mode tetapi jika anda bijak mengawal recoilnya ia akan menjadi senjata yang terbaik untuk anda.

Comments

  1. terkejut aku awm boleh buat headshit. ingtkan terberak kepala kalau kena hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts