PKP LANJUT !
Assalamualaikum and selamat tengahari rakan-rakan and viewers sekalian. Tadi aku dah cerita pasal Budu, sekarang ni aku nak cerita sikit pasal PKP yang negara kita tengah lalui sekarang ni. Dan sebab PKP ni lah aku stay je dekat rumah and buat blog ni. Tak tahu la sampai entry ke berapa aku akan buat.
PKP? Apa yang korang faham pasal PKP ni? Actually PKP ni ialah Perintah Kawalan Pergerakan . PKP ni diisytiharkan sebab apa pulak? PKP ni diisytiharkan disebabkan Covid-19 yang tersebar luas satu Malaysia ni. Jadi PKP ni dilaksanakan untuk membendung penyebaran wabak tu and nak putuskan rantaian sosial yang boleh menyebabkan wabak tu tersebar. Sejak bila and siapa yang isytiharkan ? PKP ni sebenarnya bermula 18 Mac - 31 Mac yang akan datang ni dan diisytiharkan oleh PM kita yang terbaru iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sepatutnya semasa PKP ni dijalankan semua rakyat Malaysia perlu duduk di rumah sahaja tanpa keluar ke mana-mana kecuali agensi kerajaan yang penting dan beberapa syarikat penting yang perlu bekerja seperti perkhidmatan pos barang, syarikat air dan pasaraya. Bahkan aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya yang memerlukan pergerakan dan perhimpunan ramai turut dilarang. Tapi untuk keluarga yang nak keluar beli barang keperluan, sorang je boleh keluar sebagai wakil.
Tapi ada sesetengah rakyat Malaysia degil. Tetap keluar dari rumah dan pergi ke tempat yang ramai orang. Contohnya ada yang joging lah, ada yang pergi ke pasaraya beramai-ramailah. Oleh itu, kes covid-19 dekat Malaysia ni meningkat hari demi hari sehingga mencecah 2000 lebih harini. Lagi sedih, kematian kes covid-19 ni pon meningkat hari demi hari.
Antara berita yang disiarkan. Degil sangat taknak duduk rumah.
Jadi, pada 25 Mac , PM kita sekali lagi membuat pengumuman yang mengejutkan. PKP dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Gelisah jugaklah dengar. Semua pihak ada yang gelisah terutamanya student, orang kerja makan gaji hari or minggu and orang yang kerja kampung. Student ada yang tak suka sebab sesi pembelajaran akan dianjakkan sikit. Bagi orang yang kerja sendiri or makan gaji hari ni lagi sakit. Diorg tak boleh keluar so job takde. Bila job takde duit pon takde. Jadi macam mana diorg nak cari duit untuk sara keluarga untuk beli barang keperluan ? Tu yang meresahkan sesetengah pihak tu.
Kita sebagai rakyat marhaen yang prihatin, tolonglah stay dekat rumah supaya dapat mengurangkan lagi penyebaran Covid-19 ni. Kesianlah yang duduk dekat rumah tak dapat kerja tu. Semua ada keluarga masing-masing untuk diberi makan dan sebagainya. Stay at home and stay safe !
Comments
Post a Comment