Zaman sekolah rendah aku
Hai guys harini aku nak ceritakan kisah silam aku masa zaman sekolah rendah aku dulu kira kira 7 tahun lepas iaitu tahun 2007 hingga 2013. Apa yang aku nak ceritakan ni adalah antara kenangan manis aku sepanjang aku sekolah rendah sebab dekat situ lah aku start semuanya dari bawah sampai lah apa yang aku ada harini. Aku takde bahan sangat untuk ceritakan semua ni tapi aku dah korek gambar gambar kat facebook supaya ada a sikit bukti nak tunjuk. Takut takut sembang banyak tapi takde bukti macam gampang pulak kan.
So ceritanya macam ni. Masa aku prasekolah sampailah habis ke darjah 6 aku sekolah dekat Batu Pahat dekat situlah tempat aku lahir dan membesar sampai sekarang. Nama sekolah aku adalah Sekolah Kebangsaan Banang Jaya. Kalau siapa yang tahu tu sekolah aku terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Sains Batu Pahat (SEHEBAT). Sekolah aku banyak anjurkan sukan dan dalam masa yang sama dorang kuat cungkil bakat pelajarnya jugak dalam semua sukan. Tapi dalam banyak banayak sukan dekat sekolah tu,dorang lebih tekankan kepada sukan hoki. Masa aku darjah 3 abang aku yang ke 2 pun darjah 6 dan kitorang jugak 1 sekolah. Dia pun join team hoki tu jugak.Masa batch dia sekolah kitorang dapat kekalkan kejuaraan berturut turut. Masa aku darjah 6 pun alahamdulillah batch aku dapat kekalkan kejuaraan ke 4 tak silap aku.
Dari situ sekolah kitorang dah mula giatkan betul betul sukan hoki ni. Masa team aku juara tu,semua terpilih untuk mewakili daerah tapi ada sorang atau 2 je yang tak dapat. Masa mewakili daerah pun alhamdulillah kitorang dapat kekalkan momentum untuk menjuarai MSSJ tu. Bawah ni gambar team kitorang lepas memang tu. Bangganya masa tu gambar ni masuk dalam surat khabar hehehehe
Kalau nak tahu aku yang kat tengah tengah tu kasut biru HAHAHAHAHA. Yang lain ada coach aku nama dia Cikgu Suhaimi. Untuk pengetahuan korang coach aku ni dia punya pengalaman pegang team hoki dari zaman abang aku yang sulung lagi. Dia jugak coach untuk semua peringkat termasuk negeri. Sebab tu la senang kitorang nak terpilih. Kemudian kawan aku iaitu hafizi (keeper) dan yang lain lain la. Takkan nak ulas sorang sorang pulak kan hahahha. Cukup sorang 2 sudah la kan. Masa tu tak silap aku pertengahan tahun jugak. Kemudian kitorang training lagi untuk tunggu call up negeri sebab lambat sikit dengan konflik nak UPSR lagi kan. Mak bapak semua pun risaukan pelajaran anak masing masing sebab biasanya semua orang akan slow down sebab nak exam. Kasi semua fokus dekat pelajaran pulak.
Kemudian sekolah aku dapat jemputan untuk main dalam pertandingan antarabangsa dengan akademi sukan lain. Bayangkan sekolah kitorang cuma sekolah kampung kecik nak lawan dengan akademi sukan negeri negeri lain. Betapa kerdilnya kitorang nak bandingkan dengan yang lain. Antara team team yang lain adalah dari Korrea dan negara lain ada jugak. Awek korea masa tu ramai gila !
Pertandingan ni dianjurkan kat Pulau Pinang je. Aku tak ingat universiti mana tapi yang aku ingat univeristi ni dekat Jalan Hujan Hujan. First game tu kitorang lawan dengan akademi hoki Kelantan (sebenarnya aku pun tak ingat apa nama team tu tapi yang penting dari Kelantan la). Masa tu kitorang datang lambat sikit sebab homestay kitorang duduk jauh sikit dengan tempat tu. Masa tu masuk padang je kitorang dah kena psyco dengan coach Kelantan tu. Dia ngnajing jugak ah sebab lambat kan hahaha. Nasib baik tak DQ je
First game tu semua okay. Tapi yang paling mantap kitorang menang masa tu 3-0. Memang happy gila sebab kitorang tak expect langsung boleh buat sebaik tu. Kitorang sebenarnya pergi untuk dapatkan pengalaman je. Alhamdulillah. Bangga sangat masa tu. Sebenarnya aku punya position tak berapa nak golkan sangat sebab aku wing banyak cross dengan set je kat striker aku so dorang tinggal habiskan je. Game game lepas tu tak berapa okay sangat sebab aku pun tak ingat sebab aku dah tak main. Nak bagi semua merasa katakan. Ni gambar team kitorang kat Pulau Pinang tu
Atleast dapat pengalam pun aku dah bersyukur. Jarang masa umur 12 tahun ni nak pergi jalan jauh jauh dengan kawan kawan. Pengalaman yang paling berharga sepanjang aku sekolah rendah masa tu. Dan yang paling penting pun dapat sijil untuk masuk sekolah menengah. Sijil masa tu penting la untuk interview sekolah semua. Sijil peringkat antarabangsa kot sekolah mana je berani tolak hahahhahajkjk.
Sekarang masa zaman adik aku ni pun alhamdulillah dorang tetap dapat kekalkan kejuaraan MSSD kali ke 10 berturut turut. Adik aku pun part of the team. Dari zaman abang aku yang sulung sampai sekarang total 6 adik beradik aku. Cuma kakak aku sorang je yang tak main dan yang lain main. Kesimpulan kat sini family aku adalah penyumbang terbesar untuk bakat hoki Sekolah Kebangsaan Banang Jaya ni hahahaha. Gurau. Alhamdulillah pergi mana mana pun cikgu cikgu aku tetap ingat adik beradik aku. Gambar bawah ni aku rasa latest kot juara tahun lepas MSSD sekolah aku
Ini jelah modal kebanggaan sekolah aku dalam membentuk dan cungkil bakat hoki budak budak. Aku bangga dengan sekolah ni. Terima kasih untuk semua cikgu cikgu yang mengajar dan melatih budak budak terutama cikgu Suhaimi,Hafifi dengan Azhari. Semoga dapat pergi lagi jauh dan bawa nama sekolah sekali ya.
Comments
Post a Comment