KELEBIHAN SURAH DALAM AL-QURAN
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian hari ni aku nak share dekat korang amalan surah harian yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita dan fadhilat apa yang kita dapat dengan mengamalkan amalan tersebut.
1. Surah Ad-dukhan
- Hadis Rasulullah saw pernah bersabda,
“Sesiapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam Jumaat atau pada siang harinya, maka Allah swt akan membina sebuah rumah untuknya di syurga."
- Hadis Rasulullah saw pernah bersabda,
“Sesiapa membaca surah Ad-Dukhan setiap malam, maka 70,000 malaikat memohon ampun untuknya"
2. Surah Yassin
- Surah Yasin adalah antara surah Makkiyyah (yang diturunkan di Mekah), mengandungi sebanyak 83 ayat. Secara umum, surah ini membincangkan isu-isu berkaitan ayat Makkiyyah seperti soal ketuhanan, balasan ke atas orang yang mendustakan agama dan soal hari Kiamat.
- Terdapat pelbagai kelebihan dengan membaca surah yassin antara ialah :
- Allah swt akan mengukuhkan agamanya.
- Mempermudah keluarkan roh ketika sakaratulmaut.
- Membaca Surah Yasin sama dengan membaca Al-Quran 10 kali.
- Dapat memberi syafaat bagi pembacanya.
- Dimudahkan hajatnya.
- Meringankan seksaan kubur.
- Menolak kejahatan.
- Jika sedang ketakutan, Allah akan menghilangkan rasa takutnya itu.
3. Surah Al-Waqiah
- Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkanlah kepada anak-anakmu semua."
- Surah ini boleh diamalkan juga untuk dimurahkan rezeki dari pelbagai aspek antaranya ialah boleh berdoa untuk mendapat kejayaan dalam setiap apa yang kita inginkan, permudahkan segala urusan dan lain-lain lagi.
4. Surah Al-Kahfi
- Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”.
- Dengan menghafal 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
- Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.
Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.
5. Surah Al-Mulk
- Dengan mengamalkan surah Al-Mulk dalam kehidupan harian kita, Allah akan melimpahkan kebaikan di dunia mahupun di akhirat kelak. Memperbanyak pemilikan untuknya serta menambah keberkatannya.
- Di antara kelebihan surah ini ialah :
- Surah ini akan menjadi penyelamat di akhirat kelak
- Selamat dari seksaan kubur
- Berada dibawah naungan sayap malaikat
- Di hari akhirat wajah pembaca akan menjadi cerah seperti wajah Nabi Yusuf
Sekian sahaja daripada saya dengan perkongsian serba sedikit tentang kelebihan surah-surah yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian kita, semoga bermanfaat kepada kkta semua dan jadikan diri kita ini lebih dekat dengan sang Pencipta iaitu ALLAH S.W.T
Comments
Post a Comment