FAMILY

Assalamualaikum semua,

So untuk first entry ni, aku nak perkenalkan family aku dulu lah.

So total family aku ada 10 orang termasuk ibu dan ayah aku. Adik beradik ada 8 orang , 6 orang perempuan dan 2 orang lelaki dan aku anak ke-4.

So ni gambar raya tahun 2019 bersama atuk dan nenek aku


So 3 orang yang atas aku semuanya perempuan. Ada dua adik perempuan dan dua adik lelaki. So aku ni ditengah-tengah lah, paling strategik lah kiranya.

Beza umur antara adik beradik aku tak jauh pun, Beza dalam 2-3 tahun je,hmm tak jauh enn?

Sebelah kanan aku tu adik aku nombor 6 and sebelah kiri tu mak aku. Lagi 3 orang tu kakak aku ๐Ÿ˜Ž


So ayah aku pesara askar. Pangkat takdelah tinggi mana, Pegawai Waran II je. And bila aku masuk alam ni, baru aku tahu yang warden semua kenal ayah aku. Yelah dah dorang pun pernah join askar,mestilah kenal enn.

Minum air pun nampak handsome ๐Ÿ˜œ

Agak bergaya disitu ๐Ÿ‘€


Mak aku pulak suri rumah yang berjaya. Mak aku ni bagi aku seorang yang sangat hebat. Hebatnya seorang ibu dapat menjaga 8 orang anak dalam satu masa, hebatnya dia kerana jarang sekali aku dengar dia mengeluh, hebatnya dia dapat buat pelbagai kerja dalam satu masa. Aku pun belum tentu dapat buat macam apa yang mak aku buat. Jauh sekali rasa sayang aku pada dia berbanding orang lain. Tak dapat diungkap dengan kata-kata rasa sayang aku pada dia, doakan aku dapat kerjaya yang bagus dan dapat bahagiakan parents aku.

Comel je orangnya ๐Ÿ˜˜

Candid sikit ๐Ÿ™Œ
 So itu je entry aku untuk kali ni.
Panjang umur,murah rezeki jumpa lagi.
Gerak dulu, Assalamualaikum :)

Comments

Post a Comment

Popular Posts