Makanan Tradisional di Malaysia
Assalamualaikum geng.Hari ni aku nak cerita pasal makanan tradisional di Malaysia.Di Malaysia terdapat pelbagai makanan tradisional kerana mempunyai pelbagai kaum termasuk kaum-kaum di Sabah dan Sarawak.
NASI LEMAK |
Nasi Lemak merupakan hidangan orang Melayu.Ia merupakan sajian kebangsaan di Malaysia.Nasi lemak diperbuat daripada beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan.Nasi lemak juga mengandungi ikan bilis,telur rebus,sambal tumis dan timun.
ROTI CANAI Roti canai merupakan salah satu juadah sarapan pagi untuk rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian mereka yang tenang dan damai.Kombinasi rasa yang paling mantap bagi aku adalah makan bersama kuah kari daging tetapi ada juga orang makan bersama dengan kari ikan,kuah kacang dhal, dan juga sambal tumis.Roti canai juga mmpunyai jenis seperti Roti Telur,Roti planta,Roti nan dan macam -macam lagi. Ini ialah mee kari yang mempunyai ramuan kuah yang unik hasil gabungan daripada kaum cina dan india. Kuahnya diperbuat dari rempah, serai dan daun pudina.g diadun bersama santan, pes cili, tauhu kering, udang, ayam, sotong, kerang, serai dan daun pudina.Makanan ini boleh didapati di mana mana sahaja.Ia menjadi kegemaran di seluruh Malaysia kerana kuahnya yang sedap. |
SATE Sate merupakan hirisan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dibakar atas dapur arang.Sate juga mempunyai bebrapa jenis seperti kambing,ayam,arnab dan rusa.Ia dihidang bersama kuah kacang dan hirisan bawang dan timun.Sate ini juga enak dimakan bersama nasi himpit untuk dijadikan sebagai pengganti kepada nasi.Sate juga merupakan juadah yang terkenal ketika musim perayaan. OKAY SETAKAT INI SAHAJA..RASA LAPAR PULAK LEPAS CERITA PASAL MAKANAN NI HAHAHAHA!! |
bertambah sedap makanan ni kalau fadhil yang belanja
ReplyDelete