5 Sportbike 250cc Terbaik 2020
hello guys welcome back to my blog.harini aku nak share dekat korang superbike yang terbaik yang boleh korang dapati tanpa upgrade lesen b2 kepada b.tanpa membuang masa mari kita mulakan.
1)Kawasaki Ninja ZX-25R
Kehadiran sportbike 4-silinder suku liter ini adalah model paling dinantikan. Model ini juga dikatakan bakal menggugat pesaing sedia ada, tetapi bukan sedikit wang yang perlu dilaburkan untuk memiliki Ninja ZX-25R!
Masih tiada spesifikasi terperinci didedahkan, tetapi apa yang pasti, Ninja ZX-25R dikuasakan enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 249cc DOHC 16-injap dengan julat RPM tinggi yang dikatakan mampu mencapai had rev 17,000rpm.
Selain bunyi ekzos mantap dan padu, model ini turut dilengkapkan ciri Kawalan Traksi (KTC) dan Quickshifter untuk anjakan gear lancar.
2) HONDA CBR250RR
kuasa motorsikal ini menjadikan output CBR250RR mencecah 41hp berbanding model lama, 38hp. Ada juga teori mendakwa pengeluar itu akan menala semula rev enjin (rpm) untuk disesuaikan dengan ciri klac anti-gelincir (A&S) dan sistem Quickshifter.
CBR250RR sedia ada dikuasakan enjin 249.7cc DOHC berkuasa 38hp @ 12,500rpm dan tork 22.5Nm (10,500rpm) yang didatangkan dengan tiga mod tunggangan Sport, Comfort dan Sport+.
3)SUZUKI GSX-250R
Suzuki GSX-250R membuat kemunculan sulung di pameran CIMAMOTOR 2016. Rekaan yang ditampilkan membawa inspirasi dari Suzuki GSX-1000R yang merupakan varian motor superbike Suzuki. Suzuki GSX-250R dipadankan dengan enjin 250cc DOHC yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 25hp pada 8,000rpm dan tork 23.4Nm (6,500rpm).
Enjin GSX-250R memiliki lejang yang panjang bagi meningkatkan prestasi kelajuan. Penampilan luaran Suzuki GSX-250R pula masih meneruskan legasi Suzuki GSX termasuk lampu hadapan ikonik dan rekaan intake udara di bahagian tepi. Bahagian belakang yang tirus dan kompak menyerlahkan identiti model GSX.
Lampu hadapan masih menggunakan pemegang lampu H4 dan mentol 55/60W. Manakala lampu belakang berasaskan rekaan GSX dengan ciri LED. Manakala panel LCD juga kelihatan lebih menarik dengan pelbagai informasi antaranya speedometer, perbatuan, memori, kecekapan bahan api, indikator gear dan pelbagai lagi.
4. YAMAHA YZF-R25
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu YZF-R25 (2020) pada awal tahun ini. Aspek mekanikal kekal sama, dipacukan enjin 4-lejang 8-injap dwi silinder 249cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah.
Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek dipasangkan brek cakera apung 2-piston di depan, dan brek cakera piston tunggal di belakang. Ciri lain R25 ialah panel LCD digital multifungsi, suis utama tiga dalam satu seperti motosikal besar, dan rekabentuk fasia dan lampu utama LED ala superbike R1.
Sportbike suku liter Yamaha ini dijual pada harga RM19,998.
5. KTM RC 250
Model KTM cukup terkenal dengan berat badan ringan dan ideal buat golongan wanita atau penunggang newbies yang baru hendak berjinak dengan jentera 250cc.
RC 250 diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2015, dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 248.8cc berkuasa 31hp @ 9,000rpm dan tork 24Nm @ 7,250rpm, dan memiliki kapasiti tangki kecil, cuma 10 liter. Model ini berharga RM18,800.
sekian sahaja blog aku.aku harap korang dapat memanfaatkan ape yang aku dah share.sekian terima kasih dan jumpe pada blog yang akan datang
Comments
Post a Comment