WATAK - WATAK
Oky untuk yang ni aku nak perkenalkan watak yang aku kenal sepanjang aku hidup ni. Takla semua tapi antaranya. Watak ni dalam cerita NARUTO. Sebabkan aku minat cerita tu jadi aku nak kenalkan kat korang jugak.
So ini dia UZUMAKI NARUTO. Dia ni wira dalam cerita NARUTO. Dia mempunyai satu cita2 yang dia dah pun capai dalam episode sebelum akhir. Dia anak murid kepada HATAKE AKASHI. Dia mempunya isteri yang bernama HINATA dan 2 orang anak iaitu HIMAWARI dan BORUTO. Kuasa yang dimilikinya memang sangat kuat dan mampu mengalahkan musuhnya yang mempunyai kekuatan sesaing dia.
Yang ni pulak kawan baik kepada NARUTO iaitu UCHIHA SASUKE. Dia dulu pernah menghilangkan diri untuk menncari jalan sebenar kisah hidupnya. Dia bunuh abangnya disebabkan oleh hal2 yang tertentu. Walaupun dia pernah hilangkan diri tapi bila dia balik ke tempat asal dia, dia di sambut baik oleh kawan2 dia dan gurunya. Dia pernah jugak jadi jahat tapi sekejap je. Dia jugak anak murid kepada HATAKE KAKASHI.
Ini lah guru kepada SASUKE, NARUTO DAN SAKURA iaitu HATAKE KAKASHI. Dia ni memang guru yang santai. Tak kelam kabut kalau ada masalah. Dia ada cara nak settlekan masalah dengan mudah. Dia anak murid kepada ayah NARUTO iaitu MINATO. dia mempunyai 3 orang kawan tetapi satu telah mati. Kawan dia mati disebabkan oleh dia yang membunuhnya. Ada kisah disebaliknya kenapa KAKASHI ni terbunuh kawan ida. Dan seorang lagi kawan dia OBITO yang jadi jahat kerana ada satu kejadian yang menyebabkan dia berubah jadi jahat.
Last sekali ni ialah SAKURA. Dia isteri kepada SASUKE dan mempunyai anak bernama SARADA. Sakura memang minat sasuke ni dari kecik lagi sampai lah diorang kahwin. Banyak halangan dan cabaran yang dia tempuh semasa SASUKE ni hilangkan diri. Tapi walau macam mana pun masalah yang dia hadapi, NARUTO dan KAKASHI tetap bersama dia dalam setiap perjuangan. Dia sangat garang dengan kawan2nya. Tetapi dalam masa yang sama dia jugak seorang yang baik hati dan seorang yang simpati terhadap orang lain.
Bukan saje2 aku tunjukkan watak diorang ni. Disebalik kisah cerita ni banyak isi2 tersirat yang korang boleh amik sebagai ikhtibar. Persahabatan diorang ni memang sangat kuat dan takde apa yang boleh pisahkan. Walaupn masing2 dah mempunyai anak tetapi dia tetap teruskan perjuangan sebagai ibu bapa dan juga sebagai seorang 'HERO' dalam kampung diorang. Diorang semua ni lah harapan kampung yang didudki oleh diorang. Aku sarankan korang tengok cerita ni dulu baru korang faham kenapa rami sangat orang suka tengok cerita ni dan kenapa cerita ni sangat top. Dalam cerita ni je banyak ikhtibar yang aku dapat lagi2 kalau pasal persahabtan dan kekeluargaan. Walau macam mana pun masalah yang datang, diorang hadapi dengan tenang dan mampu mengatasinya. XSetiap karaktor ada kelebihan masing2 tapi bukan disebabkan kuasa yang diorang ada tu buatkan diorang kuat. Tapi disebabkan kerjasama semua orang yang membuatkan seseorang itu kuat dan mampu menghadapi segalanya.
Comments
Post a Comment