Tempat menarik di New Zealand
Hobbiton
Tak lengkap rasanya kunjungan anda ke New Zealand jika tidak melawat Hobbiton. Dunia fantansi yang wujud di alam realiti. Tapak pengambaran filem The Hobbit ini terletak di Ladang Biri-Biri Alexander di daerah Matamata. Apa yang menariknya, di sini anda berpeluang untuk melihat kehidupan dunia The Hobbit dengan lebih dekat. Terima kasih kepada Peter Jackson kerana telah menjadikan kisah di dalam bukunya menjadi nyata.
Hobbiton menawarkan 4 pekej yang berlainan iaitu Hobbiton Movie Set Tour, Private Tour, Evening Banquet Tour dan Chinese Tour. Kesemua pakej ini boleh ditempah lebih awal secara online di sini. Setiap pelawat akan disediakan bas dan tour guide khas yang akan membawa anda ke perkampungan The Hobbit mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Oh ya, pastikan anda datang sebelum jam 4 petang. Kalau tak, kena datang semula besok.
Glowing Worn Cave, Waitomo
Ini pengalaman paling unik anda boleh dapat di New Zealand. Glowing Worm Cave atau Gua Waitomo ini terletak di daerah Waikato. Di dalam gua ini terdapat sejenis speises ulat ‘bercahaya’ yang sangat unik dan ianya sudah terbentuk sejak 30 juta tahun dahulu. Ada banyak cara untuk anda meneroka tempat ini, salah-satunya dengan menaiki bot.
Sebelum dibenarkan masuk, pelancong selalunya akan diberi sedikit taklimat oleh tour guide yang bertugas. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi, seperti tidak merokok, tidak dibenarkan mengambil apa-apa gambar termasuk video dan paling penting untuk anda tahu, semua pelancong yang masuk ke dalam gua ini akan dipaksa menyanyi.
Jika memandu dari Auckland, ia mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke Gua Waitomo.
Wai-O-Tapu Thermal Wonderland
Wai-O-Tapu adalah salah satu tempat yang tersenarai dalam 20 Most Surreal Place In The World. Jadi, tidak wajar jika anda melepaskan peluang berkunjung ke Wai-O-Tapu sebaik menjejak kaki di bumi Kiwi. Secara peribadi, bagi saya keindahan panorama di Wai-O-Tapu memang tidak boleh dinafikan, tetapi dalam masa yang sama boleh jadi sangat menakutkan.
Wai-O-Tapu Thermal Wonderland terletak di daerah Rotorua, ‘Wai-O-Tapu’ merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Maori yang bermaksud ‘Air Suci’. Wai-O-Tapu memiliki banyak kolam air panas dan ia merupakan kawasan aktif geoterma. Terletak di Rotorua iaitu kawasan bekas kawah gunung berapi yang pernah meletus lebih dari 200 ribu tahun dahulu, masuk ke sini bermakna anda sedang memasuki zon gunung berapi.
Waktu operasi Wai-O-Tapu Thermal Wonderland adalah berbeza mengikut bulan. Bermula bulan April hingga Oktober, waktu operasi ialah bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Untuk bulan November hingga Mac pula, waktu operasi adalah pada 8.30 pagi hingga 1.30 pm sahaja. Segala maklumat berkenaan waktu operasi atau tempahan tiket boleh lihat di sini.
Comments
Post a Comment