Tempat2 yg paling teringin untuk aku lawati



 Sepanjang tempoh pkp ni aku dah tengok macam2 rancangan jalan2. Dan benda ni dah ubah perspektif aku pasal aktiviti melancong. Secara jujurnya melancong memang menelan belanja yg besar tapi pengalaman ni teramat berharga bagi orang yg minat geografi dan sejarah macam aku ni.

Jadi aku dah sediakan bucket list untuk tempat2 yg wajib aku lawati bila dah ada duit nanti. Sebenarnya list tu banyak gila tapi dalam entry ni aku nak share 5 je dulu daripada bebanyak list tu k.

1. Yunnan, china

Ok, daerah yunnan ni terletak kat selatan china. Daerah yunnan ni unik bagi aku sebab bentuk muka bumi dia yg sangat luar biasa. Memang takkan jumpa kat tempat lain punya la




2. Iceland

Iceland ni merupakan sebuah negara yg unik sebab nama dia x melambangkan geografi dia. Kawasan yg ada permanent ice tu sikit je. Negara dia sejuk dan lembap sepanjang tahun. Kalau kita tengok negara dia pun tanah2 nya basah je x kering2.



3. Europe

Macam yg kita semua tau eropah ni mmg terkenal dengan sejarah dia sebab  banyak sangat peninggalan2 kota2 kerajaan2 dulu. Apa yg specialnya europe ni sebab peninggalan2 ni dibina dengan teknologi yg lebih advance daripada tamadun2 lama kat asia. Jadi bangunan dia lagi cantik dan kemas.


4. Arizona, us

Amerika ni sebuah negara yg sangat besar. Macam2 jenis bentuk muka bumi ada kat situ dan semuanya x mengecewakan. Ni antara negara yg terbaik kalau korang nak gi travel. Boleh la pusing satu amerika tu kalau dah xde kerja sangat dan xtau nak buat apa dengan duit korang. Apa yg ada kat arizona ni? Aku yakin xde sorang pon yg xtau apa tu grand canyon. Ni lah dia


5. Sulawesi, indonesia

Indonesia merupakan negara yg terdiri daripada puluhan ribu pulau dan semua pulaunya teramatlah cantik. Antara pulau yg paling menarik perhatian aku ialah pulau sulawei ni. Kat sini ada tasik yg terdalam di dunia kesan daripada mampatan plat tektonik yg datang daripada arah australia iaitu danau matano.




Sekian sahaja perkongsian daripada saya mengenai tempat2 yg paling ingin dilawati oleh saya sendiri pada masa yg akan datang.

Comments

Popular Posts