KENAPA SUPREME MAHAL? (bukan clickbait)
Mesti korang pernah tertanya kenapa eh brand ni mahal sangat sampai sehelai T-shirt pun beratus, tu pun okay lagi ada sampai beribu padahal ada baju lagi lawa dengan harga lagi murah. Okay disini aku nak explain dengan sedikit fakta ditambah palatau aku sendiri.
Supreme sebenarnya adalah brand skateboard bukannya streetwear brand jauh sekali luxury brand pada asalnya. Orang disebalik nama Supreme yang terkenal ni adalah James Jebbia.
James Jebbia mencipta Supreme pada tahun 1994, so kalau nak diikutkan sudah 26 tahun. Beliau merupakan rakyat British yang datang ke New York pada tahun1880. Sebelum menemui subculture baru di New York iaitu skateboard, artis grafiti dan street kids beliau bekerja dengan Shawn Stussy iaitu pemilik brand Stussy yang memfokuskan pada pakaian surfboarding ketika itu.
Dengan bermodalkan 12 ribu USD beliau pun membuka butik Supreme yang pertama di New York dan target jualan kepada sub culture yang baru itu. Dan mengambil skaters untuk menjadi pekerja dan menjadi tempat meet-up bagi golongan mereka. Banyak skaters yang professional yang pernah lepak di kedai ni.
NANTIKAN SAMBUNGAN DI ENTRY SETERUSNYA
Comments
Post a Comment